3.09.2009

Salam MaulidurRasul


'tak kenal maka tak cinta'
peribahasa yang tak lekang dek panas, tak pupus dek hujan betapa apabila mengenali dan meneliti seseorang, maka mudah untuk menilai baik buruknya..

salam maulidur rasul nurul ucapkan untuk semua. bersama kita raikan hari kelahiran rasul tercinta dengan banyakkan selawat kepadanya..


Di jalan bahagia ini
terasa cinta RasulNya
berselawat kepadanya
dengan dihayati
kagum dengan sunnahnya
terpesona dengan akhlaknya.



KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W


Muhammad s.a.w
. adalah putera tunggal kepada Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Qushayy dan isterinya Aminah binti Abdul Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhra. Baginda dilahirkan pada pagi hari Isnin 12 Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571 Masehi di rumah Abdul Muttalib, datuk Nabi di sebelah bapa.tahun tersebutlah Abrahah bersama tentera bergajahnya ingin menyerang dan menghancurkan Kaabah telah dibinasakan kesemuanya ole Allah seperti yang dinyatakan oleh Allah di dalam surah al-Fil. Maka tahun tersebut telah dikenali dalam sejarah sebagai “Tahun Gajah”.

Latarbelakang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ini berkisarkan sejarah peminangan Abdul Muttalib bagi pihak anaknya Abdullah terhadap seorang gadis yang mempnyai perwatakan yang baik, berbudi pekerti luhur, umur yang bersesuaian dan mempunyai kedudukan yang terhormat dalam kalangan masyarakat dan suku kaum Quraisy.

Memandangkan usia Abdul Muttalib sudah hampir mencapai tujuh puluh tahun atau lebih malahan umur anaknya Abdullah mencecah dua puluh empat tahun maka dia berhasrat mencari pasangan untuk anakya. Pilihan Abdul Muttalib jatuh pada Aminah binti Abdul Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhra dari suku Zuhra.

Pada hari perkahwinan Abdullah degan Aminah, Abdul Muttalib turut berkahwin dengan Hala (sepupu Aminah) dan dari perkahwinan ini lahirlah saidina Hamzah, bapa saudara Nabi Muhamad s.a.w. yang seusia dengan baginda. Abdullah tinggal di rumah Aminah selama tiga hari, kemudian mereka berpindah ke rumah Abdul Muttalib sesuai dengan kebiasaan masyarakat Arab.

Selang beberapa ketika Abdullah terpaksa ke Syam bagi sesuatu urus niaga perdagangan dengan meninggalkan isteri dalam keadaan hamil. Dalam perjalanan pergi dan pulang, Abdullah biasanya tinggal dan singgah beberapa hari di Madinah iaitu tempat tinggal sanak saudara sebelah ibunya bagi menghilangkan penat. Selepas itu beliau biasanya akan meneruskan perjalanan pulang ke Makkah

Akan tetapi pada suatu hari dia tidak dapat meneruskan perjalanannya pulang kerana sakit tenat, kawan-kawan yang turut berdagang bersamanya terpaksa pulang ke Mekah lebih dulu meninggalkan beliau di Madinah, disana dia dijaga oleh saudara ibuya yang terdekat. Bila tiba di Mekah rombongan khalifah telah meyampaikan berita tersebut kepada Abdul Muttalib dan Aminah. Lalu Abdul Muttalib taelah mengutuskan Harith (anaknya yang sulung) ke Madinah untuk membawaya pulang sesudah beliau sembuh. Tetapi bila Harith tiba di sana diberitakn bahawa Abdullah telah meninggal dunia dan telah dikebumikan di sana sebulan selepas kalifah berangkat ke Mekah.

Oleh yang demmikian Harith kembali ke Mekah dengan perasaan pilu dan sampai sahaja di sana dikhabarkan berita tentang kematian adiknya, maka rasa duka dan sedih menyelubungi hati Aminah kerana dia telah kehilangan seorang suami yang selama ini menjadi harapan kebahagiaan hidupnnya bersama anak yang sedang dikandungya.

Demikian juga Abdul Muttalib begitu pilu keran beliau teramat sayang kepadanya sehingga suatu ketika dulu sanggup menebus Abdullah dengan seratus ekor unta (kisah nazar Abdul Muttalib bagi mendapat sepuluh anak lelaki).

Abdullah telah meninggalkan harta berupa lima ekor unta, sekelompok ternakan kambing dan seorang hamba perempua bernama Ummu Aiman yang kemudiannya menjadi pengasuh Nabi. Pada masa tersebut peninggalan harta seperti itu bukanlah bereti meninggalkan harta yang banyak tapi sekadar melepaskan keperluan untuk sementara waktu.

Aminah yang sedang sarat mengandung akhirnya melahirkan seorang anak lelaki dan berita kelahiran ini terus disampaikan kepada Abdul Muttalib di Kaabah.

Alangkah gembiranya beliau mendengar berita tersebut sekaligus mengingatkan dia kepada anaknya Abdullah degan berita gembira ini ternyatalah pengganti anaknya sudah ada. Kegembiraan Abdul Muttalib sungguh tak terkata dan terus medapatkan bayi tersebut lalu dibawanya ke hadapan Kaabah. Di sanalah bayi tersebut telah diberikan nama Muhammad

Allahu akhbar..Selawat dan salam untuk rasul junjungan..
wallahualam

No comments: