8.20.2009

TAHNIAH

Assalamualaikum sahabat semua.. :bye:

:sleepy:akhirnya penantian yang ditunggu tiba jua..
tamat sudah hari konvokesyen UTM..


Tahniah buat semua yang diraikan dalam majlis konvokesyen ke-43 UTM..

Tahniah.. khas buat warga SPF..

yang berjaya melepasi detik2 sukar bersama..
namun dalam pahit tetap ada manisnya..
Kenangan bersama tak akan dilupa..
Moga ukhwah yang terjalin tetap utuh bertaut..


:pompom:kepada rakan2 yang tak sempat bertemu time konvo hari tu..

nurul
:flower:mintak maaf ye..
InsyaAllah.. akan datang bila sampai waktunya,
jumpalah kita lgi.

:kiss:Tahniah juga khusus untuk semua teman lama
dari SKBP,Pontian,
SMKDPB,Pontian,
TiJB,JB, dan
KMK, Kulim..
Maaf tiada masa untuk bertemu..
Buat rakan-rakan yang berjaya,
Tahniah...
Bagi yang dapat 1st Class, Dean Award, dan lain2 award..
aih.. da lupa ke kita kat sini..


semoga dunia baru yang akan ditempuh selepas ini lebih beroleh kejayaan dan rahmat dariNya.. Amin..

bagi rakan2 engineer2 baru+cikgu2 baru..
semoga terus berdedikasi dalam menjalankan tugas kalian..


Disini, tak lupa jua untuk merakamkan penghargaan kepada umi dan abah yang amik cuti semata2 nak melihat anaknya naik stage..
thanks umi,, abah..
juga thanks atas sponsor baju+kasut+beg dll untuk majlis konvo ini..
tak ketinggalan jua,
terima kasih kepada seorang teman yang sanggup ambil cuti,
semata-mata untuk meraikan hari indah ini bersama..
even terpaksa duduk diluar menahan panas dan ujan..
juga terima kasih atas kuntuman ros yang sgt mahal harganya..
huhu...


okeylah sampai sini utk kali ini..
(p/s; perjuangan belum berakhir.. cuma baru melepasi garisan permulaan.. semoga kita sama-sama berjaya sampai ke garisan penamat.. Amiin..)
:look::look::look:

8.14.2009

Al-Fatihah


Assalamualaikum sahabat semua.. seperti yang semua tahu.. rasanya ada juga yang masih belum tahu.. penyanyi nasyid yang lunak mengalunkan kalimah suci memuji Allah dan sering kita dengar suaranya melaungkan takbir raya,, tak kira lah raya Haji atau Aidil Fitri.. Allahyarham Ust Asri sudah menjadi lipatan sejarah. Allahyarham berita harianmeninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.. Al-Fatihah buat beliau.. Buat keluarga, tabahkan hati..ujian ini hanya sementara.. kita yang masih tinggal, jangan lepaskan masa yang ada.. penuhkan dengan amalan dan sifat nasihat-menasihati ke arah kebenaran.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi.. P/s: semakin ramai alim ulama yang telah meninggalkan dunia ini... ya Allah, lindungilah iman dan taqwa kami agar tidak berganjak dan berpaling dariMu...JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^) nurul falah

Sahabat Vs Kawan


Terbitnya entri nie selepas melalui pelbagai peristiwa pada hari ini.... :what: Peristiwa apa? Biarlah itu menjadi lipatan sejarah dalam hidup nurul... Hari ni nurul nak kongsi pendapat mengenai sahabat..:kiss:Apa beza sahabat dan kawan? Sama erti tapi lain pengertian....:what::what:Hehe...
Nurul memandang sahabat lebih tinggi daripada kawan.. Semua orang nurul anggap sebagai kawan.. Tapi rasanya susah nak mengiktiraf seseorang itu sebagai sahabat..Jika sahabat, situasinya adalah “barang kau aku punya dan barang aku kau punya”.. Berlainan pulak dengan kawan yang mana “barang kau kau punya dan barang aku, aku yang punya” Haha.. Semakin pelik..:what:

Lebih 20 tahun nurul bernafas kat dunia nie.. Bermacam2 ragam kawan dah ditemui.. Bermacam lokasi dah disinggah.. Dan di semua tempat, rasanya ada kawan.. Tapi jarang untuk bersua dengan sahabat.. Kebanyakan mereka hanya sekadar teman belajar, studi hempas pulas sama2 time exam, teman berbual dan bergosip, teman bergembira dan sebagainya.. Tapi kenapa susah nak menemui sahabat?

Bagaimana untuk mencari sahabat? Susah bersama dan senang bersama.. Itu baru sahabat sebenar,, Berlainan pulak ngan kawan yang hanya tau senang sahaja bersama2.. Rasanya dalam dunia nie sekerat dua jer yang boleh bersusah senang dengan orang lain..

Biasanya, kita sering menjadi tempat perkongsian masalah dan selalu menjadi tempat mencari jalan penyelesaian.. Tapi bilakita seperti ada masalah hanya ini jer selalu kita terima; “Ko ok ker? Aku tengok macam ada tak kena jer.. Ko ada masalah ker?”.. Rasanya itu tak cukup.. Bukanla memilih atau mengada, tapi sudah berbaloi jika dorang bercakap “Citer la kat aku, mane tau boleh tolong”

Sahabat bagiku bukan la hanya dialog “kau la sahabat aku dunia akhirat”.. Nilailah sendiri dan hargainya walau si ’sahabat’ tidak mengerti.. Mencari biji cili di celahan gigi lebih senang dari mencari sahabat.. Sebaik2 sahabat tidak bermakna kita tak perlukan kawan.. Penulisan aku di atas bukanlah bermakna aku memandang keji pada yang bertitle kawan.. Keseimbangan jiwa itu perlu untuk pengurusan hidup yang bermakna. :pompom: Fikir-fikirkan dan selamat beramal:):what:

JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah