8.30.2008

:::4.30pm::29 AUGUST 2008:::

Assalamualaikum kawan2Photobucket

sebenarnya sebentar lagi nurulfalah nak berangkat pulang ke kg tercinta.. untuk menyambut hari kemerdekaan n hari pertama puasa bersama keluarga tercinta..Photobucket
so, sementara ada kesempatan ini, nurulfalah nak mohon ampun dan maaf seandainya sepanjang perkenalan kita ada tersinggung perasaan atau terkecil hati dengan segala tingkah laku dan perlakuan nurulfalah... mohon ampun dan maaf ikhlas dari hati.. dan semoga Ramadhan yang bakal tiba dapat menemani kita supaya menjadi insan yang lebih berguna dan hambaNya yang lebih bersyukur..InsyaALLAH..Photobucket

kepada kawan2 yang balik kg juga, jgn lupa ya, rabu ni ada kelasPhotobucket
dan kepada classmate yang amik Electromagnet sama2, jgn lupa jg, Jumaat depan ada test..huhu
so macam biasa wat preparation sama2 ya..
keylah tu je..
last.. kepada semua pelawat blog n, nurulfalah ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan dan bulan Ramadhan yang bakal menjelma.. jumpa lagi ya nanti.. da..Photobucket

***CERITA 4***

:::KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI:::

PhotobucketNabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

***CERITA 3***

:::ANJING-ANJING NERAKA:::


PhotobucketSabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."Photobucket

Ya Ramadhan

“Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.”

:: Surah Ali Imran, ayat 15 - 17 ::

8.29.2008

***CERITA 2***

:::::KISAH LIMA PERKARA ANEH:::::



PhotobucketAbu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.Photobucket

***CERITA 1***

:::::AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT::::


PhotobucketAbu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."Photobucket

8.28.2008

::::SEMPENA bulan RAMADHAN:::

Assalamualaikum kawan-kawan...Photobucket
di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.. Ahlan Ya Ramadhan.. Photobucket

Maka di kesempatan ini, ingin rasanya kita berkongsi ilmu dan cerita yang kita perolehi..

Kita namakan ia 1001 cerita Teladan..Photobucket
Nak tau cerita mengenai apa?
Rajin2 lah melawat blog saya yang tidak seberapa ini.. InsYaAllah, sekiranya diberikan kesempatan waktu dan idea, saya akan upload cerita2 ini dari semase ke semase.. Photobucket
Ikuti ya..Photobucket..
dan tidak lupa juga selamat menyambut hari kemerdakaan negara kita yang x berapa hari lagi..

8.22.2008

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum buat para sahabat.. semoga sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah sentiasa hendaknya...Photobucket
Kawan-kawan da sedia hendak melaksanakan Rukun Islam ke 3 untuk tahun ini?Photobucket

Baiklah, marilah kita berkongsi ilmu serba-sedikit untuk menyambut Ramadhan..

Persiapan sebelum Ramadhan

1. Merasa gembira dan berdoa

Rasulullah menggembirakan para sahabatnya sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Panduan dan dorongan yang diberikan oleh Rasulullah membuatkan para sahabat merasa gembira menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulai.

At-Tabrani dan lain-lain meriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. sebelum tiba bulan Ramadhan, mulai daripada masuk bulan Rejab, seringkali berdoa:

“Ya Allah, berikan keberkatan kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”

1. Berpuasa sunat

Di bulan Sya’ban, Rasulullah s.a.w. memperbanyak puasa sunat. Kita digalakkan memperbanyak puasa sunat ketika di bulan Sya’ban, sebagi mencontohi amalan baginda. Kalau tidak boleh dibuat semua, janganlah ditinggalkan semua.

Yang untungnya kita juga, kerana dapat mengecapi ganjaran pahala dan rahmat Allah s.w.t., bahkan melatih diri untuk berpuasa sebelum datangnya Ramadhan yang mulia


1. Mengqadha puasa wajib

Puasa Ramadhan yang tertinggal wajib diqadha pada bila-bila masa. Bulan Sya’ban merupakan kesmpatan terakhir untuk tahun bagi mengqadhakan puasa yang tertinggal pada tahun sudah.

Maksud peluang terakhir ini ialah bagi mengelakkan membayar fidyah, kerana jika telah masuk bulan Ramadhan, sedangkan puasa Ramadhan yang lalu yang tertinggal belum diqadha, maka disamping wajib mengqadhanya, wajib juga mengeluarkan fidyah.

Jadi kepada yang belum membayar puasanya lagi, lekas-lekas yea!

1. Membayar Fidyah

Fidyah dalam hal puasa bererti membayar denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambat mengqadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan yang berikutnya.
Antara sebab wajib mengeluarkan fidyah puasa ialah:

(i) Tidak berupaya berpuasa. Seorang yang wajib berpuasa tetapi tidak sanggup lagi mengerjakannya disebabkan tua atau lemah. Sekiranya dia berpuasa, dia tidak akan dapat menanggung kepayahannya. Maka orang sedemikian wajib membayar fidyah sahaja dan tidak diwajibkan mengqadha puasanya.

(ii) Orang yang sakit tidak ada harapan sembuh dan tidak berupaya untuk berpuasa. Maka dia wajib membayar fidyah sahaja, tanpa menqadha puasanya. Sementara orang sakit yang ditakuti akan bertambah sakitnya jika dia berpuasa tetapi ada harapan untuk sembuh, maka tidak wajib baginya berpuasa. Tetapi apabila dia sembuh, wajib ke atasnya mengqadha puasa yang ditinggalkannya itu tanpa membayar fidyah.

(iii) Perempuan hamil yang sedang menyusukan anak, iaitu jika sekiranya mereka berpuasa maka ditakuti akan mendatangkan mudharat kepada anak yang dikandung atau boleh mengurangkan air susu yang akan memberi kesan kurang baik kepada anak yang menyusu. Dalam hal ini, di samping mereka diwajibkan membayar fidyah, mereka juga wajib mengqadha puasa puasanya. Namun jika dia berbuka kerana takut akan kemudharatan dirinya sahaja, atau takut akan kemudharatan diinya dan juga anaknya, maka wajib dia mengqadha puasa sahaja tanpa membayar fidyah.

(iv) Orang yang tidak mengqadha puasa pada tahun berkenaan sehingga masuk Ramadhan berikutnya tanpa uzur syar’i. Di samping wajib ke atasnya membayar fidyah (satu cupak bagi sehari puasa), dia juga wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan itu. Kadar jumlah fidyah tersebut akan berganda (dua cupak bagi sehari puasa) jika ditangguhkan lagi sehingga datang tahun berikutnya. Demikianlah seterusnya, setahun ke setahun kadar jumlah fidyah akan berganda-ganda jika qadha puasa tidak tertunai

Wallahu a’lam

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=41

n buat kawan-kawan selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba.. semoga Ramadhan kali ini memberi kenangan terindah dalam hidup kita..Photobucket

8.21.2008

Hari demi hari

Assalamualaikum
Photobucket

hari ini masuk hari ke-6 cuti..Photobucket

cuti da nak abis...Photobucket

tapi assignmnet xsiap lagi.. study pun belum start lagi..buat assignmnet tak siap-siap.. macam mana ni? macam nak pecah je kepala fikirkan.. takpn nak marah macam incredible hulkPhotobucket


xpe faizah.. caiyok2 masih ada masa lagi.. buat kawan2, good luck jugak.. semoga kita berjaya menghadapi minggu test next week dengan jayanya..huhuPhotobucket


dan x llupa, selamat kembali dari bercuti.. jumpa di kelas nanti yaPhotobucket

da..Photobucket

8.20.2008

welcome



:::kasih sayangmu:::




Semakin jauh ku dari-MU,
Semakin dekat pula KAU menghampiri daku,
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih,
Siapalah diriku di pandangan-MU...

Semakin cuba ku dekati,
Semakin kuat pula KAU mendugai aku,
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna,
Kerdilnya diriku di hadapan-MU...

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-MU,
Sudikah KAU menerima hamba-MU yang hina ini,
Ya ALLAH KAU Maha Pengampun...

Di bayangan mentari aku kealpaan,
Dusta dunia penuh kepura-puraan,
Di kala dini hari aku kepasrahan,
Mendamba jernih embun kasih sayang-MU Oh Tuhan...

Andainya dihitung amalanku,
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-MU,
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah,
Hindari diriku dari siksa-MU…Oh Tuhan...

Kasih sayang-MU Tuhan,
Itu yang ku dambakan,
Dengan rahmat-MU ampunilah diriku...
*************************************

Lilin Seorang Guru





Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

*************************************

Sutera Kasih





Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

*************************************

Setanggi Syurga





Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga

*************************************

Disinilah kita





Di sinilah kita
Merancang dan bertindak
Memerah fikiran
Dan melerai masalah

Namun kita tetap manusia
Tenaga kita tak ke mana
Fikiran kita ada sempadannya

Di sinilah kita berfikir dan berkerja
Namun kita tetap lemah
Hanya bersyukur pada Tuhan

Kita pastinya akan gagah
Selagi kita terasa lemah
Selama kita tunduk dan menyerah
Pada kehendak dan kudratnya

*************************************

::SaLah SiapaKah Si Kecil Dibunuh?:::

.Kerana nafsu
Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi didalam suatu proses Penguguran Bayi.

Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan)
Pada kehamilan muda, dimana usia janin masih sangat kecil, aborsi dilakukan dengan cara menggunakan alat penghisap (suction). Sang anak yang masih sangat lembut langsung terhisap dan hancur berantakan.Saat dikeluarkan,dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh tersebut.

Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan)
Pada tahap ini, dimana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bagian-bagian tubuhnya mulai terbentuk. Aborsi dilakukan dengan cara menusuk anak tersebut kemudian bagian-bagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan semacam tang khusus untuk aborsi (cunam abortus). Anak dalam kandungan itu diraih dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara menusuk bagian manapun yang bisa tercapai.samaad di kepala, pinggang, bahu atau leher.
Kemudian setelah ditusuk, dihancurkan bagian- bagian tubuhnya. Tulang- tulangnya diremukkan dan seluruh bagian tubuhnya disobek-sobek menjadi bagian kecil-kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan. Dalam klinik aborsi, bisa dilihat potongan-potongan bayi yang dihancurkan ini. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bagian-bagian tubuh lain. Anak tak berdosa yang masih terlalu kecil telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.

Aborsi pada kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan)
Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bagian-bagian tubuhnya sudah terlihat jelas.
Jantungnya sudah berdetak, tangannya sudah bisa menggenggam. Tubuhnya sudah bisa merasakan sakit, karena jaringan syarafnya sudah terbentuk dengan baik. Aborsi dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan.
Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang langsung dimasukkan kedalam ketuban bayi.
Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sampai satu hari bayi itu akhirnya meninggal. Selama proses ini dilakukan, bayi akan berontak, mencoba berteriak dan jantungnya berdetak kuat. Aborsi bukan saja merupakan pembunuhan, tetapi pembunuhan secara amat kejam Setiap wanita mahupun lelaki harus sedar mengenai hal ini.

Aborsi pada kehamilan besar (6 sampai 9 bulan)
Pada tahap ini, bayi sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan, termasuk mata, hidung, bibir dan telinga. Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik. Untuk kes seperti ini, proses aborsi dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara membunuhnya mudah saja, biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah. Sehingga tangisannya berhenti dan pekerjaan aborsi itu selesai.
Hanya mereka yang terlibat dalam operasi ini sahaja yang tahu dan faham bahawa ini adalah
pembunuhan yang keji dan tak berperikemanusiaan. Semua proses ini seringkali tidak disadari oleh para wanita calon ibu yang melakukan aborsi. Mereka merasa bahwa aborsi itu cepat dan tidak sakit, mereka tidak sadar karena dibawah pengaruh obat bius. Mereka bisa segera pulang tidak lama setelah aborsi dilakukan.
Benar, bagi sang wanita, proses aborsi cepat dan tidak sakit. Tapi bagi bayi...itu adalah proses yang sangat mengerikan, menyakitkan, dan benar-benar tidak berperikemanusiaan Kematian bayi yang tidak berdosa itu tidak disaksikan oleh sang calon ibu. Seorang wanita yang kelak menjadi ibu yang seharusnya memeluk dan menggendong bayinya, telah menjadi pembunuh anaknya sendiri.
Di luar sana masih banyak yang tidak tahu dan sadar bahwa penguguran bayi itu adalah pembunuhan...yang keji!


http://erwinesta.blogspot.com/

ABC for friends





ABC
A Friend
A-Accepts you as you are
B-Believes in you
C-Calls you just to say `HI'
D-Doesn't give up on you
E-Envisions the whole of you(even the unfinished parts)
F-Forgives your mistakes
G-Gives unconditionally
H-Helps you
I-Invites you over
J-Just `be' with you
K-Keeps you close at heart
L-Loves you for who you are
M-Make a difference in your life
N-Never judges
O-Offers support
P-Picks you up
Q-Quiets your fears
R-Raises your spirits
S-Says nice things about you
T-Tells you the truth when you need to hear it


U-Understands you
V-Values you
W-Walks beside you
X-X-plain thing you don't understand
Y-Yells when you won't listen
Z-Zaps you back to reality
Thank You For Being Such A Good Friend

8.19.2008

Hotel Sri Malaysia-Bengkel Pemindahan Tesis ke Buku anjuran DBP wilayah Johor Selatan



Assalamualaikum.


pertamanya di kesempatan ini ku ingin mengucapkan tahniah kepada semua senior2 spf n kpd sume akak:) yg telah selamat berkonvo..
huhu
Tahniah..
minggu n semester break.
n minggu n gak pesta konvo berlangsung..
agak meriah ditambah dengan pameran hasil penyelidikan para pensyarah n students utm (kt kemah putih bsr yg berair-cond tu)
huhu
okleh balik pada tajuk asal

Alhamdulillah ku tlh brjaya mengikuti n mneghabiskn masa 3 hari 16-18 ogos duduk brsama bakal2 penulis yg kebanyakannya trdiri drpd para pensyarah senior..
(kira kumpl kami peserta paling muda, dgree pn x abis lg, tesis pn in progress lg..)
opss bukn tesis..
latihan ilmiah..


okeylah kat sini ak nk share cebisan ilmu yang ku dpt drpd bengkel n
Thanks a lot to our supervisor to force us attend this programme

1.trdapat perbezaan antara tesis, disertasi, latihan ilmiah dan projek penyelidikan
latihan ilmiah tuk dgree.. just latihan penyelidikan je kn..
tesis tuk PhD..

2. kaedah khusus bgimana nk menghasilkn buku drpd tesis yg telah sedia ada,,
huhu sgt brguna..
dan menurut kata seorg peserta, kebiasaannya bengkel spt ini berbayar sekurg2nya RM2000.. kebiasaannyalah..

3. Kaedah membaca no ISBN.. ala no yg ad barcode tu..

4. memahami proses penerbitan buku.. apa kehendak penerbit..

5. bertemu dengan tokoh2 dalam bidang akademik..
90% drpd peserta bengkel ini merupakan pensyarah n ahli akademik. ad juga merupakan penulis2 buku ilmiah..ku jga smpt brkenalan dengan seorang tokoh kaligrafi Malaysia..
beliau telah brtggjwb menulis skrip khutbah Jumaat negeri Johor. n segala mural n backdrop yg ad kaitan keagamaan adalah hasil tgn beliau..
sangat mengagumkan


6. mndpt taklimat khusus drpd penceramah yang bukn calang2 lg.. beliau merupakn seorang pensyarah di UM. seorang pemeriksa dalaman tuk viva (btul ke ejaan n) tesis peringkat PhD. pernah menghasilkan ratusan buku..Dr Hamedi Mohd Adnan
best n phm..
x bosan even kdg2 ngntuk..huhu




7. kesimpulannya bengkel ini sangat memberi manfaat kepada semua peserta..
dan lagi sekali terima kasih kepada Dr. Shaharom kerana memaksa kami hadir bengkel n..
huhu..

8. x lupa gak makanan yg disediakan sedap2 belaka.. dahlah bufet..haha
pe lg?