4.30.2009

Masa


PEPATAH ada menyatakan bahawa masa itu emas, pada hal masa sebenarnya tidak dapat dinilai harganya dan masa yang berlalu itu adalah detik kehidupan manusia.

Masa berlalu tidak mungkin kembali lagi dan tinggal kini hanya masa sekarang dan akan datang.

Namun, kebanyakan manusia begitu leka dan alpa apabila datang masa yang dinanti-nanti yang menghiasi kelangsungan hidup makhluk di bumi Allah terbentang luas ini.

Oleh sebab itulah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada dua nikmat di mana manusia sering lalai dan leka iaitu masa sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari)

Pendek kata, masa adalah aset amat bernilai anugerah Ilahi. Setiap detik yang dilalui adalah perjalanan hidup yang tidak akan kembali.

Allah menegaskan betapa manusia di dunia ini sememangnya benar-benar berada dalam kerugian kecuali golongan yang dirahmati Allah. Firman Allah bermaksud:

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-'Asr, ayat 1 - 3)

Jelas di sini, manusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang diusahakan di dunia. Malah, manusia akan ditanyakan di akhirat kelak terhadap segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umur di dunia ini.

Perlu diinsafi bahawa kehidupan kita di dunia ini hanya sementara dan kita akan dijemput oleh Malaikat Maut pada bila-bila masa yang ditentukan Allah.

Begitulah nilai kehidupan dunia yang sebenarnya di mana dunia ini bukan segala-galanya bagi seseorang yang bergelar hamba Allah.

Dunia ini seumpama ladang untuk bercucuk tanam sebagai bekalan dan persediaan pada kemudian harinya iaitu hari akhirat yang abadi.
Sebagai renungan, Dr Yusuf al-Qaradawi ada menukilkan kata-kata hikmat seorang pujangga Arab dalam bukunya:
"Masa dalam kehidupan mukmin" iaitu sesiapa yang menghabiskan masanya tanpa menunaikan kewajipannya atau tidak melaksanakan amalan fardu atau tidak mewarisi kecemerlangan atau tidak memperolehi kemuliaan atau tidak menyemaikan kebaikan atau tidak menimba ilmu pengetahuan, maka sesungguhnya dia menderhaka kepada masa hidupnya dan menzalimi diri.








4.17.2009

::K.E.B.E.R.K.A.T.A.N::

Bismillahirrahmanirrahim..

Berkat?? Hmm, jgn salah faham ye..ini bukan berkat yang dapat masa kenduri kahwin tu...(~.^)

Penting ke keberkatan dalam hidup seseorang??

Dalam post saya kali ini, sukalah saya utk menceritakan serba sedikit tntg soal keberkatan melalui pengalaman saya sendiri. Kita fokus dahulu tntg keberkatan guru/org yg memberi ilmu kpd kita.

Kenapa tiba2 saya nak timbulkan isu ni ye?? Alkisahnya begini....

Sejak mula2 belajar di UTM, saya sangat kagum dgn seorang classmate saya ni (even bukan coursemate) . SGT KAGUM dgn ilmu dan keterlibatannya dlm kuliah. Mmg dia sgt energetic. Setiap kali pensyarah memberikan soalan, suaranya saja yg kedengaran. Mmg tiada org lain, hanya dia. Tanya saja apa2 soalan, pasti jawapannya betul (buat masa ni la...). Tapi, tidak dinafikan, kawan saya ni agak pelik orangnya. X tau nak terangkan macam mana tapi agak berbeza dgn org lain. Tapi apa pun mmg dia ni SANGAT PANDAI, anugerah dekan lagi tu...

Alhamdulillah. satu anugerah kerana pernah mengenali seseorang seperti dia. menjadikan dia sebagai seorang pesaing yang sihat. InsyaAllah. Dan ramai juga rakan2 disekeliling saya yang pintar-pintar. Cuma disini ingin dikongsi bersama suatu kisah benar yang betul-betul berlaku dalam kehidupan saya. Seorang rakan lain yang saya kira rajin dan pandai. Walau bagaimanapun oleh kerana tidak puas hati dengan cara pengajaran seorang pensyarah, dan sering memburukkan pensyarahnya di luar, akhirnya dia gagal dalam kursus itu. Walhal kursus tersebut tidaklah terlalu sukar bagi orang sepertinya.. dan sekarang alhamdulillah dia semakin berubah, menjaga tutur kata dan tidak merendah-rendahkan orang di sekeliling sewenang-wenangnya..

Apa yg saya cuba sampaikan ialah x kira walau sepandai mana pun kita, yg pasti ilmu kita x akan pernah mengatasi ilmu Allah SWT dan x guna kalau kita pandai tetapi tidak menghormati guru kita. Bermakna, x BERKAT la segala ilmu yg kita belajar selama ni. Saya mula menyedari betapa pentingnya keberkatan itu membawa kesan dlm hidup seseorang ketika di bangku sekolah menengah. Banyak kes2 yg berlaku, walaupun pelajar itu tidaklah pandai seperti org lain tetapi disebabkan dia sgt menghormati guru dan sgt menjaga tingkah lakunya dgn guru, dia mampu berjaya sepertimana org lain. Ada juga org yg terlalu sibuk dgn tanggungjawab2 di sekolah cthnya memegang jawatan2 penting di sekolah, sudah pasti masa belajar mereka kurang drpd org lain tetapi sekali lagi kerana BERKAT ikhlas membantu guru, memudahkan urusan guru, dia mampu berjaya dgn cemerlang sepertimana org yg sentiasa bergelumang dgn buku malah lebih cemerlang drpd mereka. Antara ketakutan saya semasa di sekolah ialah apabila guru terasa hati dgn kita. Kdg2 hanya kerana kesalahan seseorang individu, tapi seluruh ahli kelas mendapat akibatnya. Hidup ini sgt x tenang apabila guru terasa hati dgn kita walaupun ianya sebenarnya kerana kesalahan org lain. Apabila kemaafan dah diberi, fuh..~~ Alhamdulillah...cikgu x marah lagi....(^_^)

Suka saya nak mengingatkan, utk berjaya sebenarnya bukan hanya terletak pada ilmu yg kita ada tetapi KEBERKATAN juga penting. KEBERKATAN dr guru2 dan ibu bapa kita sendiri.
Kisah saya yg keempat, saya pernah ditegur oleh seorang sahabat saya kerana sudah lama tidak pulang ke rumah lantaran terlalu sibuk di kampus. Katanya...

"Baliklah rumah...kita nak berjaya ni, bukan kerana faktor2 tertentu je...baliklah, jumpa parents..."

Hmm..terasa gak la dgn kata2 sahabat tu. Yg sebenarnya, walaupun saya x balik rumah, keluarga saya dtg melawat hujung minggu tu. (backup diri sendiri..(~.^)..) Sekadar peringatan buat diri sendiri dan kita semua..biar sesibuk mana pun kita di kampus, dgn urusan belajar, bergerak kerja, melaksanakan tanggungjawab dan sebagainya, jgn sesekali kita lupa pada ibu bapa kita. Kalau boleh, hubungi mereka setiap minggu, lebih baik kalau setap hari. Ikut kemampuan masing2.

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” (Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Fikir2kan lah..~~~

~umi, abah..mintak maaf sbb dh lama x blk rumah~
adik....ada masa nanti kaklong balik ye..

(T__T)

~buat rakan-rakan, tahniah kerana sudah selesai melalui waktu kemuncak PSM~pembentangan~ yakin akan ada seorang yang akan dinobat sebagai pembentang terbaik.. saya sudah ada calon-calonnya..
~ Good Luck bagi yang bakal menduduki peperiksaan akhir..
Semoga perjuangan kita selama ini membuahkan hasil yang enak..
Doakan yang terbaik untuk saya juga ya:)

4.12.2009

Apabila...


Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah..anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,

ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah,

bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatNya.


Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.


Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,
jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan,
ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,

mengadulah kepada Dia Yang Satu.


Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,

serahkan dirimu kepada Dia. Satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.


Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan,

ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.


p/s: pesanan buat diri.. berusahalah selagi termampu..
masa yang ada terlalu singkat,
hanya usaha doa dan tawakal penawar hati..
moga diriku dapat buat yang terbaik untuk kali ini..

4.09.2009



Bila aku perbandingkan antara aku dan dia, aku perbandingkan betapa banyak kekurangan diri ini. Membawa rasa tidak bersyukur terhadap kurniaan Allah. Betapa jahilnya dan hinanya aku. Aku selalu membandingkan secara zahiriah dan selalu aku lupakan tentang lahiriah. Sedangkan hakikatnya, Allah tidak memandang pada bentuk rupa kamu, tetapi Allah memandang pada ketakwaan dan hati kamu... Sungguh aku hina...

Sepatutnya, bila aku memandang dia, aku harus pula memandang diri aku. Aku sepatutnya lebih bersyukur kerana sentiasa rasa ingin menjaga dan memelihara, membataskan dan diperbataskan, dan sentiasa beringat dan berwaspada. Aku sepatutnya rasa lebih bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang memantau, yang mengawal, yang menegur secara berhikmah, supaya sentiasa menjaga batasan dan maruah. Ya Allah, itu adalah nikmatMu yang selalu tidak ku sedari....

Allah memberikan aku rasa cukup dan bersyukur dengan harta yang ada, Allah memberikan aku rasa bersederhana tanpa bermewah2, Allah memberikan aku rasa ingin berusaha untuk menuntut ilmu, dan Allah memberikan aku rasa bersalah apabila berdosa.. Itu nikmat terbesar buat aku..

Begitu banyak yang Allah kurniakan, tidak terhitung banyaknya.. Jadi untuk apa aku menghabiskan masa mengeluh dan menghitung pemberian Allah pada orang lain? Biarkan saja.. Allah itu Maha Adil.. Aku bersyukur dengan segala apa yang aku ada..





Ya Allah, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu.. sembuhkanlah penyakit yang merantai hatiku, supaya dengannya aku terselamat dari seksa api neraka Mu.. ya Allah, ampunilah segala dosaku yang telah lalu, yang sedang, dan akan datang.. juga dosa kedua ibu bapaku, kaum kerabatku, orang-orang yang aku sayangi dan orang-orang yang mengasihiku.. sesungguhnya tiada daya upayaku, melainkan hanya dengan pertolongan Engkau, wahai tuhan Yang maha mengasihani.. amiin ya Rabb..




4.07.2009

buat sahabat..NORHIDAYAH NORDIN

aSALAMUALAIKUM semua..
entry kali ini khas nurul tujukan buat seorang sahabat di kejauhan..
diberi nama NORHIDYAH bt. NORDIN a.k.a Dr. Momentum
dilahirkan pada tarikh 7 April 1986..






Sahabat,
happy birthday to you, my dear friend
moga panjang umur
i wish you happiness and joy in life
and many more birthdays to bring you delight

Yang tulus ikhlas ingin
sekali sekalanya dirinya balas
walau hanya dgn dakapan diangin lalu
yang selalu memberi ingin
sekali sekala jadi penerima
ku ingin
cukup dgn salam dn manis doa..
selamat ulang tahun sahabat
moga terus gembira dan bahagia....
moga dipanjangkn usia dan tercapai segala yg diinginkn..







KaWaN BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa
sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat
diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa
berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan
dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan
baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa
yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi
kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik
kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara
yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih
dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan...???

4.04.2009

MEMANG ALLAH SENGAJA




memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar bahawa
kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharap kan pertolongan ALLAH.

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menem kan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat mengutip pengalaman
yang tak semua orang berpeluang untuk mengalami nya.

memang ALLAH sengaja menem kan kita dengan orang yang salah
supaya kita jadi MANUSIA yang HEBAT JIWA NYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah
supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMA NYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta,
fahami lah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujung nya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapai lah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,
dan meninggal kan larangan NYA..

PERCAYA LAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA
yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA

p/s: Semoga ku bertemu dengan sebahagian dari jiwaku..
bila ku memandangnya, ku teringatkanMu ALLAH
Apabila bertutur dengannya, NamaMU menjadi butir perbualan
Apabila ku bersamanya.. makin bertambah rinduku kepadaMu ya ALLAH..








titipan dari seorang sahabat.. cahaya kerinduan..
terima kasih teman atas ingatan



FACEBOOK sekutu CIA?

Betulkah Facebook sekutu CIA?
Apa itu CIA?
Bagaimana CIA boleh dikatakan mempergunakan Facebook?
Anda ada Facebook?
Rajinkan diri membaca di sini dan pastikan anda bukan salah seorang mangsanya...

4.01.2009

terima kasih cahaya kerinduan

Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya
maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..
barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah
maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..
mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,
mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,
mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa dan
mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya.

Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini
terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..
walaupun yg dtg..
air mata sering bertandang...

TATAPAN KASIH



Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih

mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selau sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini". Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya... ..