1.28.2009

::Kawan atau Lawan?:::





P/s: ketika senang dan gembira, ramai mengelilingi kita, tapi ketika keliru dan tertanya-tanya, semua bingung tidak tahu apa, ketika sedih dan kecewa, semua menghilang begitu sahaja.. itulah sahabat dunia. memuji-muji adalah lumrah, apa lagi mengeji di belakang

ketika senang dan gembira, dia menegur agar kita bersyukur dan tidak alpa, ketika keliru dan tertanya-tanya, dia tidak menunjuk pintu tapi mengajar jalan menujunya, ketika sedih dan kecewa, dia penenang dan berkata"bersyukurlah kerana kamu masih diuji kerana Dia lebih sayang kepadamu". itulah sahabat sebenar. yang tidak memuji apa lagi mengeji, cuma menegur apabila perlu, diam untuk mendengar, berkata untuk menegur ke jalan yang benar

:::Pesanan buat diri::

Tanda Orang Bijaksana ialah

+ Hatinya selalu berniat suci
+ Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
+ Matanya menangis kerana penyesalan dosa
+ Sabar terhadap ujian yang dihadapi
+ Akhirat lebih diutamakan daripada dunia

"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak beserta riak"

p/s: pesanan buat diri yang sering alpa dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara

untuk semua

Wanita di Mata Lelaki


~ Sekadar Gambar Hiasan ~

SEORANG lelaki balik rumah.. dia terasa amat hairan melihat halaman rumah berselerak, surat di peti pos tidak berambil, anak-anak sedang bermain korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tidak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah, lagi terkejut lelaki tersebut melihat ruang tamu yang berselerak..

Lelaki itu melaungkan nama isterinya.. sepi tiada sebarang jawapan.. masuk je ke dapur.. sinki penuh dengan pinggan mangkuk yang tidak berbasuh, periuk tidak bercuci, seterusnya pergi mencari apa yang boleh di makan tetapi tiada makanan yang dimasak.. masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh, apatah lagi lelaki itu cemas mencari isterinya dan dia bergegas ke tingkat atas dan melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..

"awak sakit ke?", tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas..
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ini?", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, risau isterinya demam..
balas isterinya, " wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abang mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abang yang duduk di pejabat, dan abang sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.."

NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA_KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI..

(p/s: baca sampai habis, it's true!!!)

Dari ilham seorang lelaki yang bergelar suami..

"Wanita insan istimewa, biarkan mereka terus membebel (membebel mereka nasihat yang berguna), biar mereka terus merengek (merengek mereka meluahkan rasa), atau biarkan mereka terus tertawa (tawa mereka penawar duka, menceriakan seketika suasana).. Sifat dan perangai itu akan melekat di hati kita selagi nyawa tidak terpisah dari jasad.."

"Ibu, isteri adalah ratu hati.."

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibumu? Aku tak tahulah anak-anak zaman sekarang, tetapi sewaktu kecil dahulu, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tak kena.. Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada di rumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.. (p/s: tanpa ibumu, siapalah dirimu di dunia?!!)

Memanglah, mula-mula emak keluar rumah, hati melonjak.. HAPPINESS!!!.. Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab jauh dari menerima sebarang leteran.. pottt pettt pottt pettt.. boleh pecah gegendang telinga.. kalau mak menjerit, boleh bergegar isi perut.. silap gaya tingkap pun boleh tercabut.. boleh chatting sampai nak terkeluar bebola mata, boleh bargayut di telefon dengan "dear", boleh ponteng solat (p/s: jangan tinggalkan solat wahai lelaki)..

Tetapi kegembiraan itu hanya sementara.. bila mak takde kat rumah, xde siapa nak masak, tiada siapa nak basuhkan pakaian, tiada siapa nak bagi nasihat, tiada siapa nak ceriakan rumah, masuk hari berikutnya, hidup akan terasa sunyi dan sepi.. sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak dalam hidup..Leteran mu bagai "ceramah percuma" (p/s: jangan anggap leteran ibu sebagai membebel tapi anggaplah ia sebagai nasihat dan tarbiyah dari seorang ibu)..

Tataplah wanita yang bergelar ibu, wanita yang bergelar isteri ketika mereka sedang nyenyak tidur.. Semakin hari wajahnya semakin berkedut tanda mereka semakin tua dan berusia.. wajah itu juga sedang menunjukkan keletihan.. letih melayan karenah suami dan anak-anak.. tidakkah kita cuba memahami dan menghargai kehadirannya dalam hidup kita?..

Wahai si suami di luar sana, walaupun kat pejabat (office), ramai wanita yang cun melecun, cantik menawan, putih melepak, seksi yang menyeksakan.. Namun, wajah yang dah ditatap sejak hari pernikahan itu juga yang mengetuk pintu hati.. bila selalu bersua, engkau rasa bosan, tetapi bila wajah yang selalu ditatap hilang selama-lamanya dari pandangan, barulah kau sibuk mencari kerana selami ini kau tidak pernah menghargai kasih sayangnya..

Memang lah dia tidak secantik ratu dunia, tetapi dia mampu menjadi ratu di syurga, senyumannya ikhlas dan akan selamanya melekat di sanubarimu.. sukar dicari ganti.. Apabila rindumu padanya mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah.. Makan kat hotel 5star pun rasa macam makan kat warung.. Cerita paling best di pawagam pun tak dapat menggantikan cerita hatinya pada suami.. Lebih-lebih lagi bila toilet dah mula licin berdaki, semakin bertimbun baju kotor, lantai semakin berbelak tak dimoop, setiap hari rasa sunyi tidur seorang diri.. bila sunyi macam ni baru rasakan kehilangan seorang yang bergelar isteri..

So, jangan buli isteri.. kalau boleh tolong isteri buat kerja rumah, bukan duduk depan TV every weekend baca surat khabar.. mereka bukan kuli tetapi merekalah belahan jiwa untuk melengkapkan suami sebagai manusia.. Isteri adalah sahabat, isteri juga sebagai kekasih, dan paling penting isteri adalah isteri yang menjadi tunjang utama rumahtangga.. Isteri juga sebagai ibu kepada zuriat yang dikurniakan hasil perkahwinan.. Jangan anggap duit hantaran masa nikah sebagai gaji untuknya.. (p/s: fikir-fikirkanlah)..

Sama-sama mencari rezki, sama-samalah juga buat kerja rumah.. Kadang-kadang, bila kita sesak memerlukan duit, tak ingat ke siapa yang paling terdekat untuk membantu kita???.. Tak kesian ke melihat si isteri khususnya yang bekerja, balik dari kerja kena buat kerja rumah.. Membasuh, memasak, uruskan anak-anak dan sebagainya.. So, sayangilah isteri anda dan hargailah setiap kerja yang dilakukan olehnya.. Pandai kawin, pandailah pikul tanggungjawab..

Moral of the story :
~ Suami perlu bersikap lemah lembut tetapi tegas..
~ Suami perlu memahami tanggungjawab isteri..
~ Suami perlu bertolak ansur dengan isteri..
~ Isteri juga perlu memahami tanggungjawabnya..
~ Isteri perlu pandai menambat hati suami..
~ Isteri dan suami perlu saling bekerjasama..
~ Kedua-duanya mesti ade persefahaman..
~ Tiada manusia yang sempuna (terima seadanya pasangan anda)..
~ Yang lain-lain tu fikir-fikirkanlah sendiri (perkahwinan bukan mencari keseronokan semata)..
(p/s: hargailah apa yang ada di depan mata sebelum kehilangannya)..

1.27.2009

Campak bayi marahkan isteri

p/s(nurulfalah): ada gak manusia yang kejam zaman sekarang ni? nak marah balinglah duit ke, emas ke, sedap sikit nak dengar.. tapi petikan akhbar ni betul2 menggugat kesabaran nurul.. aishh dahlah kezaliman di tebing ghaza lum habis lagi diratap.. ni kat malaysia pulak? mmm


AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.

Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.




Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.

Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.

Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh.

“Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.

“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.

Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.

“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.

Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.

“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.

Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.

Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.

“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Oleh Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
am@hmetro.com.my 27/01/09

Hipokrit?

Saya pernah bertanya pada seseorang - Bagaimana untuk menjadi seorang yang selfish tanpa menampakkan yang kita ini seorang yang selfish? Bagaimana untuk menjadi seorang yang pentingkan diri tapi dalam masa yang sama, kita masih ada sikap ambil berat dan pentingkan orang sekeliling kita?


Kadangkala kita terlalu menjaga perasaan orang lain.Kita semua pernah alami satu tahap, satu keadaan, di mana kita terlalu menjaga perasaan orang di sekeliling kita.Hingga mengabaikan perasaan sendiri.Mengalah, berdiam diri, berbohong, hanya untuk menjaga perasaan orang lain.

Selalunya kita akan jaga perasaan orang yang kita sayang, orang yang kita hormati, orang yang kita rasa - tak ada sebab untuk kita tak jaga hati dan perasaan dia.Sebab dia jaga perasaan kita dengan sebaik-baiknya. Menjaga hati dan perasaan orang lain, sikap yang amat-amat mulia.Cuma kadangkala, entah kenapa ianya menjadi amat keterlaluan.


Bukan masalah ikhlas tak ikhlas, hipokrit tak hipokrit, atau mengharapkan balasan yang sama atas apa yang kita lakukan terhadap orang itu.Tapi... Okaylah, contohnya begini.Katakanlah kita tiap-tiap hari masakkan makanan untuk semua orang, sesekali kita tentu rasa teringin juga nak duduk sahaja dan orang pula masakkan makanan untuk kita, kan?

Kita nak suruh orang pula yang masakkan untuk kita, tapi kita gusar untuk menyuarakan.Takut dituduh mengungkit seandainya kita berkata, :n3s_02:betapa letihnya kita saban hari.Sedangkan, kita hanya ingin memohon pengertian dan meluahkan apa yang kita rasa.Itu sahaja.Bukannya kita sudah tidak mahu memasak untuk mereka lagi pada masa akan datang.Well, itu hanya satu contoh.


:n3s_11:Agak susah untuk jadi selfish yang kena pada masa dan keadaan.Kerana menjaga perasaan orang lain itu lebih senang dan mudah untuk dilakukan daripada kita menjadi seorang yang selfish.Tetapi, selfish itu perlu dan mesti ada dalam diri, walaupun sekelumit.Hmm, mungkin menjaga perasaan orang lain itu, semacam satu bentuk "pengorbanan" dalam kehidupan kita.Ya,mungkin...

" But what is the good of friendship if one cannot say exactly what one means? Anybody can say charming things and try to please and try to flatter, but a true friends always say unpleaseant things and does not mind giving pain.Indeed, if he is a really true friend he prefers it, for he knows that then he is going good "
- Oscar Wilde.:n3s_03:

1.23.2009

:::Kasih sayang kian hilang:::




Islam sangat mengutamakan kasih sayang bahkan mewajibkan umatnya mewujudkan dan memperjuangkan kasih sayang dalam kehidupan mereka. Tapi malangnya umat Islam hari ini sudah tidak dapat lagi mewujudkan kasih sayang, sekalipun ulama ulamanya, kerana pengajian mereka sudah terpengaruh dengan pengajian sekular. Ulama ulama ini hakikatnya sama sahaja dengan golongan yang menggelar diri mereka pejuang hak asasi manusia yang kononnya jaguh dalam pembelaan hak hak kemanusiaan tetapi di kalangan mereka sendiri pun tidak wujud kasih sayang.

Akibatnya nasib dan keadaan umat Islam sama sahaja dengan orang lain. Oleh kerana kasih sayang tidak wujud lagi di dunia hari ini maka orang Islam satu sama lain hanya berkenalan. Mereka walaupun duduk dalam satu kawasan atau satu keluarga, satu sekolah, satu parti, satu jemaah. solat berjemaah, tapi rasa terasing antara satu sama lain. Kenal tapi tidak tahu menahu. Berjumpa tapi bagaikan tidak bertemu. ada tapi terasa bagaikan tiada. Tidak ada yang boleh di panggil kawan di zaman ini. Yang ada hanya kenalan. Tidak ada ikatan hati sesama Melayu, yang ada hanya pertemuan. Tidak ada kerelaan. Yang ada hanya rasa terpaksa. Bertemu pun secara terpaksa bila sangat perlu, walaupun hati tidak mahu. Bergaul juga kerana terpaksa, sebab tidak boleh hidup keseorangan. Tapi bila bergaul, hati penuh bimbang.Pemimpin terhadap pengikut terpaksa mengarah.Tapi bila mengarah dapat dirasakan, orang yang kena arah rasa tidak senang. Hati tidak senang menerima arahan tapi fizikal terpaksa menerimanya demi untuk mempertahankan kehidupan. Siapa sahaja yang tidak dapat Kasih Sayang , hilang lah kebahagiaan dan keharmonian hidup. Maka di waktu itu harta yang banyak, kuasa yang besar, wajah yang cantik, kemewahan yang ada, tidak memberi erti apa apa lagi. Tetaplah manusia hidup kosong, sepi dan penuh kekecewaan.

1.22.2009

::::Bimbang dengan diriku:::


Setiap yang bernafas pasti mati. Hidup didunia ini sementara dan sekejap sahaja. Kalau senang pun sementara dan sekejap. Kalau susah pun sementara dan sekejap. Akhirat pula jauh lebih besar dan kekal buat selama-lamanya. Kalau senang ertinya mendapat syurga yang merupakan kebahagiaan hakiki yang tidak dapat dibayangkan. Kalau susah pula ertinya neraka yang merupakan seksaan hakiki. Azabnya amat dahsyat yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun.. Api neraka bukan macam api lilin. Api lilin yang paling kecil pun tidak upaya siapa pun yang menahan kepanasannya. Sedangkan seringan-ringan api neraka, berpijak atas baranya sahaja sudah mendidih otak di kepala. Kalau memahami hakikat ini janganlah memburu kesenangan yang sedikit didunia ini, hingga sanggup menderhakai Tuhan. Dan janganlah kerana takutkan kesusahan yang sedikit didunia ini, hingga sanggup derhaka kepada Tuhan.

Di sinilah perlunya kita rasa takut dan bimbang terhadap Tuhan yang diri kita dalam genggamanNya. Kita tidak tahu apa sukatan Tuhan yang bersifat maknawiyah keatas kita. Semoga dengan kekal rasa takut dan bimbang, maka Tuhan rahmati kita hingga dihari pertemuan denganNya.

1. Ada manusia yang Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya. Dia berada dalam kebenaran dan kebaikan dari awal hingga akhir hidupnya.

2. Ada manusia yang diawal hidupnya dalam kesesatan. Manakala diakhir hisupnya Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya dan berada dalam kebenaran.

3. Terdapat manusia yang diawal hidupnya dalam kebenaran tetapi diakhir hidupnya dalam kesesatan.

4. Terdapa pula manusia yang dari awal hingga akhir hidupnya dalam kesesatan.

Kita tidak tahu kategori mana yang menimpa nasib kita. Nasib kita belum tahu. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah swt di akhirat kelak dalam kesesatan. Sedangkan dunia ini ibarat mimpi saja berbanding akhirat. Sebab itu Allah swt ulang banyak kali dalam Al Quran dengan maksud, "Dan akhirat itu lebih baik dan kekal." Lebih baik yang Allah swt istilahkan itu tidak boleh di fahamkan maksudnya menurut bahasa. Lebih baik yang Allah swt maksudkan itu menurut pengertian Tuhan. Kalau lebih baik itu disudut sedapnya rasa makanan, kelazatan diakhirat nanti tidak dapat dibayangkan, malah rasa lazat itu kekal hingga beribu tahun. Hingga kelazatan makanan itu berlapis dan bertindih. Ini belum lagi digabungkan denga kelazatan dari sumber yang tidak terbatas banyaknya.

1.17.2009

KENAPA Q33 NY?

ADakah Q33 NY no.bukan peti surat? TRY n C:n3s_11:
1. Bukak Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY .Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC tu..
3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font Wingdings.. Apa yang korang nampak?
Allahuakbar .. sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye ... Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) .. kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ....dah cube dan mmg btol........ ..... SUBHANALLAH. ... Cubalah...dan sebarkan.

1.14.2009

BOIKOT....

:pingu_17:Atas permintaan dan sokongan ramai, di sini nurul sertakan senarai yang berada dalam tawanan israil.. berhati-hatilah
"Semoga diriku tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim"



1. Fast Food
- Mc Donald's
- KFC

2. Beverages, Drinks
- Coca-cola
- Dr. Pepper
- Fanta
- Sprite
- Schweppes
- Lilt
- Fruitopia
- Sunkist
- Kia Ora Fruit Squashes

3. Food, Snacks
- Buitoni
- Danone
- Perrier
- Libby's
- Maggi
- Nestlé
- Shreddies cereal
- Nestlé KitKat
- Vittel

4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
- Kimberly-Clark
- Kotex
- Huggies
- Kleenex

5. Cosmetics, Body Care
- Biotherm
- Sanex
- Garnier
- Clinique
- Helena Rubinstein (HR)
- L'oréal Paris
- Origins Natural Resources
- Maybelline
- La Roche-Posay
- Redken 5th Avenue NYC
- Vichy
- Johnson & Johnson
- Revlon
- Brylcreem

6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
- Boss (Hugo Boss)
- Calvin Klein
- Lancôme Paris
- Giorgio Armani
- Estée Lauder
- Tommy Hilfiger
- Donna Karan New York (DKNY)
- Ralph Lauren

7. Fashion, Clothing
- Aramis
- Prescriptives
- La Mer
- Bumble and Bumble
- Jo Malone
- Kate Spade
- River Island
- GAP
- JC Penney
- Timberland
- J. Crew

8. Sportswear
- Champion
- Outer Banks

9. Home Products
- Ambi Pur
- Kiwi (shoe care)
- Sara Lee

10. Coffee, Coffee Systems, Tea
- Douwe Egberts
- Maison Café
- Superior Coffee
- Pickwick
- Piláo Café
- Starbucks Coffee

11. Technologies
- ICQ
- AOL
- Nokia
- IBM
- Intel

12. News Corporation, Publications
- Sky TV Network
- 20th Century FOX
- Star TV Network
- National Geographic Channel
- The Weekly Standard
- New York Post
- News of the World (UK)
- The Sun (UK)
- The Times (UK)
- The Daily Telegraph (Australia)
- Harper Collins
- Nursery World
- Disney
- TIME Magazine
- CNN

13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)
- DIM
- Victoria's Secret
- Banana Republic
- Structure
- Pryca
- Lindex
- Playtex
- Auchan
- Just My Size
- Hema
- Wonderbra
- Bali
- Hanes
- L'eggs
- Lovable
- Nur Die
- Gossard

14. Retailers, Stores, Shopping Complex
- Carrefour
- Tschibo
- Marks & Spencer
- Selfridges & Co.
- The White Barn Candle Co.
- Mast Industries Inc.
- Express
- Structure
- Henri Bendel
- Intimate Brands Inc.
- The Limited
- New York & Company
- Lerner New York

15. Home Depot
- Expo Design Centers
- Georgia Lighting
- Villager's Hardware
- Maintenance Warehouse
- The Home Depot
- Apex Supply Company


Rujukan drpd X-po shop.. TQ dude!!

1.13.2009

ANCAMAN AMALAN MAKAN YANG MEMBUNUH DI SEBALIK

Perihal dunia yang kemaruk dengan soal kejahatan, sama ada ia bernama Al-Qaeda, Saddam Hussein, senjata kuman atau gas beracun, ada pembunuh raya yang tidak disedari.

Anehnya pembunuh yang lebih besar lagi dahsyat itu bersifat 'berkecuali'. Ia terpapar pada laporan-laporan terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO).

Menurut kedua-dua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, bukan Aids atau malaria, kebuluran, kereta, merokok atau pengganas yang menjadi pembunuh terbesar. Sebaliknya tabiat makan kita adalah puncanya.

Laporan tadi menampilkan satu cabaran besar kepada pemerintah dan pengertian besar ke atas industri makanan di serata jagat.

Kini saja syarikat penyedia makanan terpaksa berdepan saman daripada mereka yang menjadi sakit. Antara penyedia makanan tadi ialah rangkaian restoran makanan segera yang terkenal daripada Amerika Syarikat, McDonald's, yang didakwa mengakibatkan pelanggannya menjadi gemuk.

Isu tadi mungkin kecil kerana ia melibatkan pelahap. Tetapi soal amalan makanan kini menjadi gugatan ke atas seluruh dunia. Amerika Syarikat, misalnya, berdekat dengan masalah runcing kegemukan. Negara-negara lain kini mula senasib dengan Amerika.

Teras masalah ialah 'orang ramai kian memakan hidangan yang sarat tenaga tetapi rendah khasiat serta kurang cergas,' kata laporan WHO.

Jadi ini bukan masalah orang kaya lagi. Penyakit-penyakit genting akibat pemakanan salah dan kegemukan kian berkembang pesat di negara sedang membangun. Ini begitu ketara di kalangan negara berpendapatan pertengahan dan menghadapi perubahan gaya hidup akibat perbandaran.

Antara penyakit genting tadi ialah kencing manis (diabetes). Ia turut menjejas negara seperti India, China dan Indonesia, terutama di kalangan penduduk kota.

Kebanyakan penyakit tidak berjangkit dikaitkan dengan isu makan dan gaya hidup. Terlalu banyak lemak, terutama lemak binatang, terlalu banyak garam atau terlalu banyak gula merupakan pembunuh utama, manakala unsur jahat yang sudah lazim diketahui ialah tembakau dan arak, melengkapi senarai punca penyakit-penyakit jantung, barah dan kencing manis.

Kurang bersenam memburukkan lagi keadaan. Salah makan merupakan sebab kedua selepas tembakau sebagai punca utama barah dan punca utama penyakit jantung dan kencing manis.

Tentulah para doktor sudah lama menasihatkan kita mengenai perkara-perkara ini. Cuma kita buat tidak tahu saja sebelum terkena.

Pihak penguasa kesihatan Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran mengenai kesan buruk kegemukan dan terlalu besar. Laporannya juga memberikan bukti baru betapa masalah ini menggugat seluruh dunia jika pemerintah-pemerintah betul-betul menghayati maksud amaran tadi. Kesannya pasti menjejas industri makanan.

Ini bukan lagi kes makanan lumayan atau cara hidup santai di kawasan bandar yang membawa padah. Dunia maju sudah sekian lama mengalami perbandaran dan amat kurang melaksanakan amalan bersama.

Tetapi laporan-laporan WHO dan FAO itu mempunyai kesan besar ke atas negara sedang membangun mengenai cara pemakanan yang bergula dan bergas, makanan segera dan makan cemilan, makanan tersedia dalam tin yang tinggi kandungan garam atau kesemua campuran tadi.

Dalam pada itu orang ramai kian kurang memakan sayur-sayuran segar atau bijirin yang tidak dikisar. Ini satu lagi kelemahan dalam tabiat makan manusia hari ini.

Laporan WHO dan FAO mengandungi saranan semasa mengenai matlamat khasiat dan kegiatan senaman, khususnya mengurangkan makanan yang padat bahan pemberi tenaga, tetapi lebih banyak makan sayur dan buah-buahan, serta bersenam
60 minit sehari.

Dua agensi tadi tidak mahu bertelagah secara langsung dengan industri makanan. Mereka memerlukan kerja:soldier_49:sama industri ini demi melaksanakan perubahan.

Namun para penganalisis saham makanan berpendapat bahawa bakal berlaku kerugian besar pada syarikat makanan jika pemerintah kian serius dalam mengatasi isu-isu ini.

UBS Warburg Global Equity Research baru-baru ini mengutarakan laporan mengenai risiko yang dihadapi oleh syarikat makanan yang besar ekoran saman dan kempen pemerintah yang pernah menimpa industri tembakau.

Laporan tadi meninjau syarikat makanan yang melabur di seluruh jagat seperti Coca Cola, McDonald's, Cadbury, Schweppes, Unilever, Nestle dan Procter Gamble di segi kerentanan mereka terhadap kempen 'makan tidak sihat'.

Apakah kempen sedemikian mengakibatkan turunnya penggunaan produk mereka, sekatan atau iklan serta saman besar yang pernah menimpa pengeluar asbestos dan merugikan syarikat tembakau?

Terimalah hakikat: Kita perlu bimbang soal gaya hidup kita daripada Al-Qaeda.

Belilah pita untuk ukur perut kita jika perlu. Namun lebih baik makan sayur da:n3s_59:ripada dihidangkan nasi beriani saja atau makanan kaya lemak. - IHT.



P/s: petikan daripa email seorang rakan.. nasib baik dah x makan McD.. sejak serangan di Ghaza hari tu.. yelah nak mengelakkan diri daripada menjadi salah seorang penyumbang menampung kos bom dan senjata Israel.. Nauzubillah

1.12.2009

AMik Dr JANGGUT

artikel ini daripada blog janggut..:pingu_23: hehehari ini aku nak uji IQ korang semua.korang cuba try baca tulisan dibawah,kalau korang dapat membaca dalam masa bawah 2 second,korang memang hebat.cuba jangan tak cuba yer.

S3kir4|\|y4 k0r4|\|g dp7 mmb4(3 4p3 yg 4ku 7u1i5 |\|i.. k0r4|\|g m3rup4k4|\| 5414|-| 50r4|\|g m4|\|u5i4 yg mmpu|\|y4i d3ri4 p3|\|g1i|-|474|\| yg 54|\|g47 74j4m.. 7p i7upu|\| k410 k0r4|\|g dp7 b4(4 14 k4|\|.. k410 k0r4|\|g x dp7 b4(4, m4k|\|4|\|y3r k0r4|\|g m3mpu|\|y4i m474 yg kur4|\|g p3k4 d4|\| k0r4|\|g m3by 50r4|\|g yg md4|-| k0|\|piu5... 4|-|4kkzzz...

1.11.2009

:::Jauh:::

:cinonet_53:
Sejauh manapun jarak kita
selama manapun perpisahan kita
kita tetap memandang bulan yang sama

:::BESTFRIEND::::



tidak perlu mencari seorg manusia yg sempurna

untuk menjadi teman sejati

cukuplah sekadar mempunyai seorg teman sejati

yg menjadikan kita seorg manusia

sempurna bila bersamanya




:cinonet_05:

1.09.2009

PENGUMUMAN

:Cute_Panda_13:
Assalamualaikum kawan2.. hehe dah malam dah ye.. :soldier_49:hari ni nurul banyak sikit masa terluang.. ni pun baru nak kemas meja n nak siapkan apa yang patut.. Sempena tahunbaru yang telah tiba ni, nurul nak raikan dengan semangat baru n cat umah baru..:head_09: tapi macam biasalh bila template baru banyak khazanah berharga yang hilang.:head_07: nurul akan tmbh sedikit demi sedikit ya.. apa-apapun, bg rakan2 nurul, harap inform kan link di ruangan sembang ya.. agar mudah nurul link n ziarah blog semua.. mmm tp kepala ttp penuh ngn projek2 n assignment yg blum terbuat. ditambah dengan fyp yg msih dlm proses mndptkn dapatan..:head_03:pusing-pusing...apa-apapun kepada rakan2 selamat berhujung minggu n sama2lah kita manfaatkan nye.. hehe :head_08:

::Teruskan Berjuang Sayang::

:pingu_02:Faizah

Masa yang ada terlalu sedikit

Peluang yang ada terlalu terhad

Kudrat yang ada terlalu terbatas

:pingu_04:Masa+peluang+kudrat yang ada

Manfaatkan sebaiknya

Semangat dan azam mengatasi segalanya

Hanya padaNya mohon doberi ketenangan, kemudahan dan kekuatan

:pingu_34:Kerana jalan yang dilalui penuh dengan kesukaran dan keperitan

Namun disana ada kemanisan

Biarlah kepahitan lalu menjadi titik hidayah

Untuk kita terus mengorak langkah ke hadapan

:pingu_23:za,

Dare to dream what you want to dream

Do what you want to do

Go where you want to go

Be what you want to be

You only have this lifetime to fulfill your ambition

Cherish it

And live life to the fullest

YOU CAN IF YOU WANT TO

:pingu_17:"do your best

You can if you want to

No more time to do it again

So enjoy it now"

::RahSia WakTu SoLat::

Assalamualaikum kawan2. salam hari jumaat.. buat kaum muslimin, jgn lupa solat Jumaat ya.. :n3s_45: Baiklah, hari ni, sempena hari Jumaat yang mulia, nurul nak kongsi bersama ilmu yang ada. artikel ini diemailkan oleh sahabat nurul yang sekarang berada nun jauh di Trg.. terima kasih siti atas ingatan dan segala tunjuk ajar... Kenapa kita bersolat? kerana ia merupakan satu tanda bahawa kita menurut dan taat perintah Allah. Juga sebagai tanda kesyukuran dan rasa rendah diri kita sebagai hambaNya.. Tapi kenapa Allah menetapkan 5 waktu sehari dan ada waktu2 tertentu mengikut rakaat yang ditentukan? tentu ada rahsia dan kelebihannya bukan? kenapa waktu subuh hanya 2 rakaat dan maghrib 3 rakaat..Nak tau? mari kita menyelongkar khazanah ilmu di pagi Jumaat ini.. moga-moga dengan ilmu yang diperolehi akan menambah rasa syukur dan taqwa kita kepadaNya..
:Cute_Panda_18:


CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada
waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. :cinonet_46:


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ...
:cinonet_05:
Wallahualam..:pingu_30:banyaknya manfaat yang kita dapat ya.. tu pun kadang-kadang suka kita melengah-lengahkannya.. padahal Allah sayangkan hambaNya... key tu je tuk kali ni.. jumpa nanti lain entry ya.. da...
:cinonet_04:

1.07.2009

Ku milikmu

:Cute_Panda_18:Assalamualaikum kawan-kawan.. hehe.. apa nak cerita ye pagi-pagi ni.
sebenarnya nurul baru siapkan assignment ..
:soldier_54:sebenarnya dah ngantuk.. tapi nak memenuhi permintaan asrarqulub yang agak tertarik ngan pic2 cute dalam
blog ni..

:pingu_30:(even gambar2 ni biasa je.. huhu.. maybe sebab blog ni comey kot.. tu gambar2 dalam ni ikut jadi comey cam blog ni)
:pingu_17:sebenarnya
sebenar
seben
s
e
b
e
n
a
r
n
y
a....
hehe

:cinonet_46: tips ni diberikan oleh cik neslo
:Cute_Panda_20:huhu.. selamat mencuba..

(:cinonet_46:kenapa tajuk ku milikmu? sebab skrg nurul tgh tgk tv3 online.. citer ku milikmu.. kesian anisa.. bilalh nak tukar glasses ye.. bru org tau sape lagi comel sebenarnya.. mestilah nurulfalah.. hehe gurau jek)
:cinonet_04:ke da.. take care semua.. luv u

1.05.2009

Assalamualaikkum rakan2.. :Cute_Panda_21:hari ni 5hb Jan 2009, Isnin.. so Monday mood lh cam biasa.. malas nak bangun, hehe.. kelas kul 9 plak.. kul 10 jumpa Dr nak bincang psl fyp.. xtau nak bawa apa ni jumpa dia..dahlah ngantuk lagi:Cute_Panda_13:.. baju pun lum gosok.. :n3s_02:
xpe2 bukak mata gi gosok baju, siap2 g kuliah.. caiyok2.. hehe agaknya camnilah adik2 yang nak gi sekolah hari ni kan? lagilah first day..
:cinonet_53:Apa-apapun semua wat yang sehabis baik k.. (cam dlm lgu pengakap)...
:cinonet_42:pagi ni kelas instrument.. hoho study psl datasheet kot.. xde idea plak camne nak build digital multimeter sendiri.. ada idea? jom share..

ok dah kul 8.00, nak siap2 gi kelas ni.. kena siap2 awal, nnti ada je benda yg kurang.. opss lupa, entry ni sbnrnya nak bgtau, next entry ada citer best nak share? pasal holiday trip yg nurulfalah pergi baru2 ni.. tunggu ya
:pingu_23:key da..

1.04.2009

selamat kembali ke sekolah

:pingu_10:hai kawan2.. buat adik2 dan para pelajar, selamat kembali ke sekolah..
:pingu_13:semoga hari- hari mendatang akan dilalui dengan lebih bersemangat..
:cinonet_17:hehe.. caiyok2.. baju sek dah gosok? stokin dah ada? beg sek dah siap? pencil case dah complete? hehe.. entry khas untuk adik2 tersayang..
:cinonet_05:semoga belajar rajin-rajin ya..

:cinonet_10:mohd daniel hakim-primary 1
mohd aiman zafri-primary 6
mohd amir zarif-form 2
amirah zulfah-form 4
fatin zuhra - form 5..
gambatte adik2.. jangan nakal2 kat sekolah.. bljr btul2.. good luck n love u..
:n3s_01: