3.13.2009

SYABAS DAN TAHNIAH!!


Assalamualaikum kepada semua. lama tidak mengemaskini entry serta tidak berkunjung ke laman rakan2. dek kerana perhitungan untuk menuju ke garisan penamat memerlukan sedikit pengorbanan, maka terpaksa memaksa diri mengikut segala yang diaturkan dan meyelesaiakan banyak tugasan yang menuntut kesabaran dan kecekalan. maaf sekali lagi. entry kali ini, khas ditujukan kepada semua bekas pelajar yang pernah diajar oleh saya. Kepada bekas pelajar tingkatan 4 Anggerik dan 4 Cemara 2007/2008,SMKDPB Pontian, Johor tahniah atas pencapaian anda semua. bangga kerana pernah mengenali anda semua. walau ada yang agak nakal dan sedikit memeningkan, tetapi atas usaha gigih anda untuk memajukan diri dan bersama barisan guru-guru yang sangat berdedikasi, anda berjaya melakukannya
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
tahniah kepada guru-guru yang bersungguh-sungguh membantu pelajar sehingga ke saat akhir.
tahniah kepada ibu bapa yang mendorong kalian untuk terus belajar

gembira menjadi sebahagian daripada kehidupan anda. walau hanya sedikit waktu kita berkongsi bersama, tetapi cikgu hargai segala kenangan memori kita. buat pelajar yang tidak dapat menghubungi cikgu, mungkin waktu itu, cikgu berada dlm kuliah. maaf. tetapi cikgu tetap ingat akan kalian. pengalaman pertama tidak mudah dilupa bukan? kalian membuktikan tiada yang mustahil dalam dunia ini.


p/s: moga kejayaan ini bukan dijadikan landasan untuk leka dengan nikmat dunia. bersyukurlah dan jadikan ia pemangkin kejayaan yang lebih cemerlang.

bagi yang kurang berjaya, ini bukan penamat segala-galanya. cuba lagi dan lagi. Berusaha dan berdoalah. Allah menlihat dan mendengar segalanya.

No comments: