7.29.2009

Takziah

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. " (Surah Al-A'raaf, ayat 34).

Mendengar berita kematian dengan penuh keinsafan adalah sebahagian daripada cara untuk mengingati Allah. Khabar yang mengandungi kisah kebesaran dan kekuasaan Allah.

Buat kak emi dan keluarga, salam takziah dari nurul di kejauhan..Kehilangan seorang ibu yang amat dikasihi memang menyakitkan.. Kita mempunyai nasib yang serupa.. cuma kak emi baru merasainya.. dan mungkin masih terngiang-ngiang mendengar suara arwah ibunya.. semoga kak emi sekeluarga sabar dan tabah dengan dugaan dariNya.Dan mudah-mudahan Allah memberi rahmatNya kepada beliau.

Kematian akan ditangisi dan diratapi. Namun kasih-sayang Allah melewati cinta sesama manusia. Jika itu yang terbaik buat mereka, kita doakan agar Allah menempatkan mereka di syurga FIRDAUS.Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindungan- Nya selalu. Amin.

(Nurul: Kenangan lama segar kembali..Alfatihah buat semua yang telah tiada...
JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

IBU

Daripada bayi sehingga single mingle…

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku.... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Lain pula bila sudah ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Isi hati seorang mak "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Tersentuh hati & berderai air mata jika kita mendengarnya kan. Tapi adakah kita sangat prihatin luahan hati mereka?

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... ]

berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Umi,ibu, mama, mami, ma, emak..

walau apa pun gelaran diberi,

anakmu tetap di hati..


umi, nurul sayang umi:)




JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

7.24.2009

Contoh Soalan Insak

Assalamualaikum..Bagi rakan2 seperjuangan yang sedang sama2 berdebar menanti hari interview+ujian Insak, di sini nurul nak kongsikan contoh2 soalan yg dijumpai di internet ni..(kredit kepada www.skema-analitikal-2008.com) Macam susah soalannya.. xmengapa.. sama2 kita cuba sedaya upaya... ada sesiapa yang ada tips+info lagi?
jangan segan2 bagitau.. kita kongsi2kanlah ya.. lagipun.. apa yang penting?... KERJASAMA.. huhu

Nurul_falah:.. dalam 1/2 jam jawab seratus soalan.. huhu dasyat2.. kalau sape yg dapat full mark n memang terrorlah..
buat kawan2.. good luck..
n bagi sesiapa yang dapat interview 27hb Ogos 2009 di PKG, BBU.. Kita jumpa di sana..
da...da.. :)
a








JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

7.23.2009

Soalan Bocor..

Hmm.. agaknya apa soalan yang akan ditanyakan oleh pihak KPM untuk menapis bakal guru yang sudah tidak sabar mencurakan segala teori untuk dipraktikkan kepada anak didik pertamanya ini ya? antara yang mungkin ditanya sementelah sedang hanyat diperkatakan (mana tau ada kumpulan yang akan berkumpul utk membincangkan soalan yang akan ditanya):) 1- pandangan andai PPSMI disambung kembali
2- Pandangan mengenai pengubahsuaian kurikulum UPSR

3- Nyatakan organisasi tertinggi KPM.. tentunya menteri pendidikan itu sendiri..

4-Soalan yang paling biasa dan akan ditanya...

Tujuan utama memilih profesion perguruan..

Hmmm dah 3 kali dah dapat soalan mcm ni.. (1) first time interview nak masuk u
(2) interview time apply biasiswa KPM
(3) interview time nak jadi guru sandaran...

walaupun da berulang kali soalan yang sama diajukan, tetap pening nak memikirkan, apakah jawapan yang paling relevan dan seduai dengan ketulusan hati... Apa-apa pun semoga segala niat baik dan usaha yang telah dicurahkan selama ini mendapat perhatian pihak interviewer nanti.. huhu Tapi setelah menyelak beberapa sumber ilmiah ketika sedang menyiapkan tugasan, terpandang sebaris ayat yang familiar tetapi sering dilupakan... Nabi saw bersabda yang bermaksud; “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amal kebaikan kecuali; mereka yang meninggalakn ilmu bermanfaat, sedekah (kebajikan) jariah, dan anak soleh yang mendoakan akannya” (Hadith Riwayat Muslim). (Mungkinkah faktor ini yang mendorong aku untuk memilih profesion perguruan?... Garu kepala, dan fikir sedalamnya...:) Benar, andai kita sudah sampai waktunya, jasad akan mati, ditinggalkan di dalam tanah seorang diri... dibacakan talkin dan ditinggalkan.. Tetapi rohnya masih sentiasa hidup, inginkan makanan di kala kelaparan dan minuman di kala kehausan.. Bukan makanan yang enak di restoran dan hotel mahal, atau air jus yang lazat dan enak diminum... cuma inginkan titipan doa dari seorang anak, pahala ilmu yang diamalkan oleh pelajarnya dan pahala sedekah jariah yang pernah disumbangkannya... Manakala bagi yang hidup, jangan hanya baca jasad AlQuran, namun hayati rohnya. Merasa sedih yang dialami apabila kehilangan orang yang paling kita sayang adalah ingatan pada lakaran sebuah diari, apatah lagi jika waktu itu kita masih baru bertatih untuk megenal kehidupan, akan menjadi ingatan sentiasa. Memori silam mengajar kita erti kekuatan untuk meneruskan dan mencipta ruang indah dalam kanvas kehidupan. Al-fatihah buat kaum keluarga dan sahabat yang telah pergi meninggalkan kita... Nurul_falah86: Jangan terlalu gembira ketika dilimpahi nikmat, cukuplah mensyukurinya.. takut-takut andai ditimpa musibah, kita tidak tahan untuk menampungnya... JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^) nurul falah

KISAH BARU

JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)
Assalamualaikum.. buat semua yang sudi mengunjungi blog ini dikala ownernya kalut dan berat untuk mengupdate.. tQ so much.. maaf, tiada pengisian yang dapat dihadiahkan..

Di kesempatan ini, nurul ingin mengucapkan tahniah kepada bakal graduan yang akan menghadiri majlis meraikan mereka.. dan nurul sendiri..Tahniah!! Anda layak setelah 4 tahun berhempas pulas mengorbankan masa yang bukan sedikit, dengan bantuan tenaga yang dipinjamkan Allah, beserta sokongan kewangan PTPTN@ biasiswa KPM di samping scholarship PaMa yang tidak pernah putus.. Hehe.. Buat bakal graduan Fakulti Pendidikan, insyaAllah kita bertemu di dewan bersejarah, DSI yang megah pada hari Isnin, 17Hb Ogos 2009.. 2.00 petang..
(Alamak.. masa ni baru teringat nak pakai baju apa waktu konvo nanti:)

Buat rakan-rakan yang telah menerima surat tawaran temuduga GST, semoga berjaya.. Jangan lupa tempat temuduga dan tarikhnya.. takut nnti terlepas pula.. Nurul sendiri sudah mula rasa bahang kecuakan untuk ditemuramah... nampaknya selepas ini, walaupun masa kurang mengizinkan, terpaksa juga menyelak dengan bersungguh-sungguh akhbar yang jarang dijenguk untuk mengikuti isu-isu semasa yang sedang hangat dikatakan sekarang.. Mungkin merupakan salah satu soalan yang akan diajukan ketika ditemuramah..(mintak-mintaklah x ditanya soalan-soalan yang tak terjangka...)

Manakala bagi rakan-rakan yang sama-sama berjuang tidak jemu meneruskan perjuangan, semoga tabah dengan segala tugasan, yang mungkin agak berat untuk stage kita yang kurang berpengalaman, berbanding pelajar postgraduate yang sudah mempunyai pengalaman kerja yang luas... sama-samalah kita berusaha agar segalanya mengikut perangcangan.. AMin.. Tabahkan hati ini Ya Allah, kuatkan semangat kami dan permudahkanlah segala urusan kami.
(bila asgmt nak siap ni:(

Nurul_falah: Interview+Assgmnt+Konvo.. ni baru betul 3 dalam 1... dah macam nescaffe 3 in 1 plak..
nurul falah