3.06.2009

Kita bukannya pandai...

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome.

4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa.

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang.

7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah.

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.

4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain.

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.

7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah.

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri... Sedarlah..

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

2 comments:

Suryani said...

kita adalah kita..
kita yang tentukan matlamat kita..
kita yang membawa diri kita ketahap yang kita inginkan...semuanya ditangan kita..

nurul falah said...

semoga segala tingkah kita di bawah keredhaanNYa