2.07.2009

DiaLog Wanita vs Lelaki

~ Perkataan Lazim Girls ~ betul ker ah..

" FINE "
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan
pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya,terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini
melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan
pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan
menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH (dengan kening biasa)
Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam
beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan
bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna
dia merasakan anda adalah seorang yang *** ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika
anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir
panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah
menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda
masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan
pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan
menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini
menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.



LeLakI~~

"On the way..on the way...!"
-Bunyi mcm dah on the way, tapi sebenarnya ada yang baru pakai tuala nak mandi, ada yang masih gosok gigi, ada yang masih dalam toilet buang air minta kawan taipkan meseg bgtau "on the way..!"

!st Situation...

takde pape tu mmg tebiat..

"awk tau x.."
"tau ape?"
"xde pape r.."
"td cam nk bgtau sesuatu je.."
"xpe xpenting.."
"xpenting pun xpe..sy leh dgr.."
"sy dh kate xde pape xde pape r!!"
krong kreng bla bla bish buk dish dus keng siuu fruu..duk..dam..

sah2 gduh..
baik duk diam je..
hehe


2Nd situation
"eh..aku nak cakap dengan ko ni.."
hah..cakaplah..apa dia..
jap..jap..
ok..
apa dia..
alah..ape aku nak cakap tadi ekh??ehh..aku lupalah..
engko ni..tadi nak cakap..pastu lupa plak..?ko biar betul??hah..tadi nak cakap sangat..
ehh..aku lupa..betul ni..
(nurul tak suka cara macam ni..lupa atau buat2 lupa atau terlupa??)

1 comment:

nurul falah said...

ok fine..
tQ banyak-banyak..
eh saya tak de papelah..
hehe