2.10.2009

:n3s_02:Assalamualaikum sahabat semua.. semoga semua rakan-rakan nurulfalah sentiasa di bawah lindungan rahmat dan redha Allah sentiasa

:n3s_28:Apa nak cerita hari ini ya?
okeylah sempena kegawatan ekonomi yang sedang melanda dan ketika memerhatikan kerenah orang ramai sewaktu nurulfalah windowshopping di CS,JB membuatkan nurul tertanya-tanya..adakah apa yang mereka beli ini merupakan keperluan?
atau kehendak semata-mata? mengikut rentak orang sekeliling agar kita tidak dikategorikan sebagai kolot? Kununnya lah..


Let's we check.. whats mean by Need and desire? which part is more important?


KEHENDAK / desire::::

* Sesuatu yang kita hajatkan atau impikankan. Biasanya sesuatu yang indah
* Sesuatu yang kadangkala mustahil untuk kita capai
* Hanya satu keperluan untuk sebuah kepuasan yang bersifat sementara
* Kadangkala berakhir dengan sebuah kekecewaan jika impian hanya dihati tanpa dizahirkan dengan usaha
* Bagi orang yang berdaya maju, kehendak adalah sesuatu target yang perlu dicapai dengan usaha yg tidak mengenal erti kegagalan.
*Lebih mementingkan jenama dan mutu barangan berbanding fungsi dalam kehidupan seharian*kalau takde pun takpe sebenarnya.. saje-saje je nak ikut orang.. nanti orang kata x ikut peredaran zaman.
*Eg: handphone terkini, jam berjenama,


KEPERLUAN/need::
* Sesuatu yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan
* Kadangkala ia dibenci kerana berlawanan dengan kehendak
* Boleh jadi sesuatu yang diluar jangkaan
* Merupakan anugerah kurniaan Allah kepada hambaNya
* Jarang dihargai sehingga ianya hilang dari hidup kita.
*Sesuatu yang amat diperlukan dalam kehidupan
*Andai tiada, mungkin boleh mendatangkan mudharat dan kesusahan
*Yang penting adalah fungsi barangan tersebut, walau tiada jenama tetapi masih boleh berfungsi dengan baik, ditambah harga yang berpatutan, memang ralat andai tiada
*Eg: handphone walau murah.. yang penting boleh berhubung.jam untuk menunjuk masa, tidak kisahlah jam RM10 pun..

Sahabat..Kehidupan adalah sesuatu yang perlu kita hargai kerana setiap saat yang berlalu tidak akan kembali lagi. Jadi cubalah untuk hargai apa yang ada disekeliling kita walaupun ianya bukanlah sesuatu yang kita impikan. Ingatlah, hidup tidak seindah impian...

:n3s_100:Firman Allah di dalam a-Quran :
"dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah : 216)

:n3s_28:Adakalanya, kita rasakan apa yang kita ada bukanlah yang terbaik untuk kita. Sebenarnya Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Ketahuilah, segala yang kita ada sekarang adalah yang pemberian yang terbaik dariNya. Impian bukanlah hanya indah di dalam diri tetapi ianya akan menjadi lebih indah sekiranya impian dijadikan target untuk dicapai dengan usaha tanpa jemu dan bersedialah untuk gagal dalam usaha mengejar sebuah impian. Kegagalan itu adalah suatu kejayaan kerana dengan kegagalan sebenarnya kita telah mendapat sesuatu yang berharga dipanggil PENGALAMAN..

yang penting, biarlah segala yang kita miliki berdasarkan apa yang kita mampu, dan janganlah sehingga boleh membebankan orang-orang tersayang di sekeliling kita.. beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis dan bersyukur sebelum alpa..

Hati itu satu, tiada dua, tiada tiga.. maknanya biarlah kita setia
:n3s_49:Mata itu dua, moga kita lebih memerhati, menganalisis diri,
Telinga yang dua, moga lebih mendengar teguran dan nasihat, :n3s_72:
:n3s_09:Mulut yang satu,berkata-kata bila perlu
Akal yang tersembunyi, moga kita terus menjelajah dan menyelongkar khazanah..
dari nurulfalah buat semua
moga bersama kita mengingati

ingatilah
ilmu kita hanya sedikit
bak setitis air di lautan
bersama kita beramal dan memberi teguran
agar semua mendapat manfaat
buat bekalan
meniti hari
menuju alam alkhirat yang lebih abadi

No comments: