2.23.2009



Andai diibaratkan cinta sebagai bunga, maka kasih sayang merupakan bajanya. Andai tidak ditunjukkan rasa kasih dan sayang maka tiada siapa akan mengatakan bahawa engkau bercinta dengan sekian-sekian. Andai cinta dipendam dalam hati tiada maknalah cinta itu. Betul, bukan?

Andai kau cinta sahabatmu, kau akan mengambil berat segala tentang dirinya.
Andai kau cinta ibu bapamu, kau akan menuruti segala kemahuan mereka dan kau akan menjaga mereka di saat mata sudah kabur, tubuh sudah uzur dan fikiran sudah luntur.

Andai kau cinta anak-anakmu, kau akan berkorban apa sahaja; harta, masa malahan nyawa,jika itu semua akan membuatkan mereka bahagia...


Andai kau cinta isteri/suamimu, kau akan serahkan jiwa dan ragamu demi mencapai kebahagiaan hidup di samping yang tersayang


Namun, jangan kau lupa, cinta itu semua tidak akan wujud tanpa cinta daripada Tuhanmu.


Dan, semua itu tidak akan bermakna, tidak akan kekal lama andai kau tiada rasa cinta terhadap-Nya.


Dan, cinta padaNya tidak akan bermakna andai kau tidak berupaya atau enggan melahirkannya. Seumpama kau kata kau cintakan seseorang tetapi kau enggan melayannya ketika dia mahu berbicara denganmu, kau tidak gembira apabila dia berada di sisimu, kau enggan mendekatinya tika dia memanggilmu, kau berat untuk membuat sesuatu yang bakal menggembirakan hatinya, kau gemar berbuat sesuatu yang pasti membuatkan dia bersedih atau marah kepadamu


Ya, cinta itu akan menjadi hambar dan pudar dan lama-kelamaan akan malap andai tidak disuburkan dan ditunjukkan kepada yang dicintai.


Apakah kau mahu Tuhanmu tidak mengetahui rasa cintamu kepadaNya? Tuhanmu, yang menjadi musabab kau wujud di muka bumi, yang mencurah segala rahmat yang tidak terhingga kepadamu, yang memberi segala-gala yang kau mahukan di muka bumi, termasuklah sahabat-sahabat, ibu bapa, anak-anak, suami/ isteri yang begitu kau cintai!

Ingatlah, tanpa cintaNya tiada lah cinta mereka.
Tanpa cintaNya tiadalah kau mencintai mereka..tiadalah kau merasa indahnya cinta..

Maka, andai kau cinta pada Tuhanmu

Tunjukkanlah, dengan menyerahkan sepenuh jiwa ragamu hanya kepadaNya..
Pamerkanlah, dengan menuruti segala suruhan dan meninggalkan segala apa yang dibenciNya Kerana, jika kau mencintai Dia, ingatlah sesungguhnya Dia lebih berkali ganda mencintaimu.

Selangkah kau mendekatiNya, seribu langkah Dia akan mendekati engkau.


Kau menapak menghampiriNya, Dia akan berlari menghampirimu




"Takkan kau merasai indahnya cinta, andai tiada cinta buat Yang Esa"

2 comments:

UnGu VioLeT said...

salam kenal.. and salam ziarah.. really nice blog.. love it.. anyway, bile2 ade mase, singgahla ke teratak Ungu Violet yer.. :)

nurul falah said...

ya.. salam perkenalan buat ungu violet. thanks a lot. singgah2lah lag..akan ke sana jua