1.28.2009

Wanita di Mata Lelaki


~ Sekadar Gambar Hiasan ~

SEORANG lelaki balik rumah.. dia terasa amat hairan melihat halaman rumah berselerak, surat di peti pos tidak berambil, anak-anak sedang bermain korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tidak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah, lagi terkejut lelaki tersebut melihat ruang tamu yang berselerak..

Lelaki itu melaungkan nama isterinya.. sepi tiada sebarang jawapan.. masuk je ke dapur.. sinki penuh dengan pinggan mangkuk yang tidak berbasuh, periuk tidak bercuci, seterusnya pergi mencari apa yang boleh di makan tetapi tiada makanan yang dimasak.. masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh, apatah lagi lelaki itu cemas mencari isterinya dan dia bergegas ke tingkat atas dan melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..

"awak sakit ke?", tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas..
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ini?", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, risau isterinya demam..
balas isterinya, " wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abang mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abang yang duduk di pejabat, dan abang sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.."

NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA_KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI..

(p/s: baca sampai habis, it's true!!!)

Dari ilham seorang lelaki yang bergelar suami..

"Wanita insan istimewa, biarkan mereka terus membebel (membebel mereka nasihat yang berguna), biar mereka terus merengek (merengek mereka meluahkan rasa), atau biarkan mereka terus tertawa (tawa mereka penawar duka, menceriakan seketika suasana).. Sifat dan perangai itu akan melekat di hati kita selagi nyawa tidak terpisah dari jasad.."

"Ibu, isteri adalah ratu hati.."

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibumu? Aku tak tahulah anak-anak zaman sekarang, tetapi sewaktu kecil dahulu, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tak kena.. Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada di rumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.. (p/s: tanpa ibumu, siapalah dirimu di dunia?!!)

Memanglah, mula-mula emak keluar rumah, hati melonjak.. HAPPINESS!!!.. Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab jauh dari menerima sebarang leteran.. pottt pettt pottt pettt.. boleh pecah gegendang telinga.. kalau mak menjerit, boleh bergegar isi perut.. silap gaya tingkap pun boleh tercabut.. boleh chatting sampai nak terkeluar bebola mata, boleh bargayut di telefon dengan "dear", boleh ponteng solat (p/s: jangan tinggalkan solat wahai lelaki)..

Tetapi kegembiraan itu hanya sementara.. bila mak takde kat rumah, xde siapa nak masak, tiada siapa nak basuhkan pakaian, tiada siapa nak bagi nasihat, tiada siapa nak ceriakan rumah, masuk hari berikutnya, hidup akan terasa sunyi dan sepi.. sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak dalam hidup..Leteran mu bagai "ceramah percuma" (p/s: jangan anggap leteran ibu sebagai membebel tapi anggaplah ia sebagai nasihat dan tarbiyah dari seorang ibu)..

Tataplah wanita yang bergelar ibu, wanita yang bergelar isteri ketika mereka sedang nyenyak tidur.. Semakin hari wajahnya semakin berkedut tanda mereka semakin tua dan berusia.. wajah itu juga sedang menunjukkan keletihan.. letih melayan karenah suami dan anak-anak.. tidakkah kita cuba memahami dan menghargai kehadirannya dalam hidup kita?..

Wahai si suami di luar sana, walaupun kat pejabat (office), ramai wanita yang cun melecun, cantik menawan, putih melepak, seksi yang menyeksakan.. Namun, wajah yang dah ditatap sejak hari pernikahan itu juga yang mengetuk pintu hati.. bila selalu bersua, engkau rasa bosan, tetapi bila wajah yang selalu ditatap hilang selama-lamanya dari pandangan, barulah kau sibuk mencari kerana selami ini kau tidak pernah menghargai kasih sayangnya..

Memang lah dia tidak secantik ratu dunia, tetapi dia mampu menjadi ratu di syurga, senyumannya ikhlas dan akan selamanya melekat di sanubarimu.. sukar dicari ganti.. Apabila rindumu padanya mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah.. Makan kat hotel 5star pun rasa macam makan kat warung.. Cerita paling best di pawagam pun tak dapat menggantikan cerita hatinya pada suami.. Lebih-lebih lagi bila toilet dah mula licin berdaki, semakin bertimbun baju kotor, lantai semakin berbelak tak dimoop, setiap hari rasa sunyi tidur seorang diri.. bila sunyi macam ni baru rasakan kehilangan seorang yang bergelar isteri..

So, jangan buli isteri.. kalau boleh tolong isteri buat kerja rumah, bukan duduk depan TV every weekend baca surat khabar.. mereka bukan kuli tetapi merekalah belahan jiwa untuk melengkapkan suami sebagai manusia.. Isteri adalah sahabat, isteri juga sebagai kekasih, dan paling penting isteri adalah isteri yang menjadi tunjang utama rumahtangga.. Isteri juga sebagai ibu kepada zuriat yang dikurniakan hasil perkahwinan.. Jangan anggap duit hantaran masa nikah sebagai gaji untuknya.. (p/s: fikir-fikirkanlah)..

Sama-sama mencari rezki, sama-samalah juga buat kerja rumah.. Kadang-kadang, bila kita sesak memerlukan duit, tak ingat ke siapa yang paling terdekat untuk membantu kita???.. Tak kesian ke melihat si isteri khususnya yang bekerja, balik dari kerja kena buat kerja rumah.. Membasuh, memasak, uruskan anak-anak dan sebagainya.. So, sayangilah isteri anda dan hargailah setiap kerja yang dilakukan olehnya.. Pandai kawin, pandailah pikul tanggungjawab..

Moral of the story :
~ Suami perlu bersikap lemah lembut tetapi tegas..
~ Suami perlu memahami tanggungjawab isteri..
~ Suami perlu bertolak ansur dengan isteri..
~ Isteri juga perlu memahami tanggungjawabnya..
~ Isteri perlu pandai menambat hati suami..
~ Isteri dan suami perlu saling bekerjasama..
~ Kedua-duanya mesti ade persefahaman..
~ Tiada manusia yang sempuna (terima seadanya pasangan anda)..
~ Yang lain-lain tu fikir-fikirkanlah sendiri (perkahwinan bukan mencari keseronokan semata)..
(p/s: hargailah apa yang ada di depan mata sebelum kehilangannya)..

1 comment:

MUHAMMAD YAMALUUDIN said...

SESAUTU YG BAIK..TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIANYA...SALAM PERKENALAN DARIKU..MUHAMMAD YAMALUDDIN...
KENALI HATI BUKAN WAJAH...