1.13.2009

ANCAMAN AMALAN MAKAN YANG MEMBUNUH DI SEBALIK

Perihal dunia yang kemaruk dengan soal kejahatan, sama ada ia bernama Al-Qaeda, Saddam Hussein, senjata kuman atau gas beracun, ada pembunuh raya yang tidak disedari.

Anehnya pembunuh yang lebih besar lagi dahsyat itu bersifat 'berkecuali'. Ia terpapar pada laporan-laporan terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO).

Menurut kedua-dua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, bukan Aids atau malaria, kebuluran, kereta, merokok atau pengganas yang menjadi pembunuh terbesar. Sebaliknya tabiat makan kita adalah puncanya.

Laporan tadi menampilkan satu cabaran besar kepada pemerintah dan pengertian besar ke atas industri makanan di serata jagat.

Kini saja syarikat penyedia makanan terpaksa berdepan saman daripada mereka yang menjadi sakit. Antara penyedia makanan tadi ialah rangkaian restoran makanan segera yang terkenal daripada Amerika Syarikat, McDonald's, yang didakwa mengakibatkan pelanggannya menjadi gemuk.

Isu tadi mungkin kecil kerana ia melibatkan pelahap. Tetapi soal amalan makanan kini menjadi gugatan ke atas seluruh dunia. Amerika Syarikat, misalnya, berdekat dengan masalah runcing kegemukan. Negara-negara lain kini mula senasib dengan Amerika.

Teras masalah ialah 'orang ramai kian memakan hidangan yang sarat tenaga tetapi rendah khasiat serta kurang cergas,' kata laporan WHO.

Jadi ini bukan masalah orang kaya lagi. Penyakit-penyakit genting akibat pemakanan salah dan kegemukan kian berkembang pesat di negara sedang membangun. Ini begitu ketara di kalangan negara berpendapatan pertengahan dan menghadapi perubahan gaya hidup akibat perbandaran.

Antara penyakit genting tadi ialah kencing manis (diabetes). Ia turut menjejas negara seperti India, China dan Indonesia, terutama di kalangan penduduk kota.

Kebanyakan penyakit tidak berjangkit dikaitkan dengan isu makan dan gaya hidup. Terlalu banyak lemak, terutama lemak binatang, terlalu banyak garam atau terlalu banyak gula merupakan pembunuh utama, manakala unsur jahat yang sudah lazim diketahui ialah tembakau dan arak, melengkapi senarai punca penyakit-penyakit jantung, barah dan kencing manis.

Kurang bersenam memburukkan lagi keadaan. Salah makan merupakan sebab kedua selepas tembakau sebagai punca utama barah dan punca utama penyakit jantung dan kencing manis.

Tentulah para doktor sudah lama menasihatkan kita mengenai perkara-perkara ini. Cuma kita buat tidak tahu saja sebelum terkena.

Pihak penguasa kesihatan Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran mengenai kesan buruk kegemukan dan terlalu besar. Laporannya juga memberikan bukti baru betapa masalah ini menggugat seluruh dunia jika pemerintah-pemerintah betul-betul menghayati maksud amaran tadi. Kesannya pasti menjejas industri makanan.

Ini bukan lagi kes makanan lumayan atau cara hidup santai di kawasan bandar yang membawa padah. Dunia maju sudah sekian lama mengalami perbandaran dan amat kurang melaksanakan amalan bersama.

Tetapi laporan-laporan WHO dan FAO itu mempunyai kesan besar ke atas negara sedang membangun mengenai cara pemakanan yang bergula dan bergas, makanan segera dan makan cemilan, makanan tersedia dalam tin yang tinggi kandungan garam atau kesemua campuran tadi.

Dalam pada itu orang ramai kian kurang memakan sayur-sayuran segar atau bijirin yang tidak dikisar. Ini satu lagi kelemahan dalam tabiat makan manusia hari ini.

Laporan WHO dan FAO mengandungi saranan semasa mengenai matlamat khasiat dan kegiatan senaman, khususnya mengurangkan makanan yang padat bahan pemberi tenaga, tetapi lebih banyak makan sayur dan buah-buahan, serta bersenam
60 minit sehari.

Dua agensi tadi tidak mahu bertelagah secara langsung dengan industri makanan. Mereka memerlukan kerja:soldier_49:sama industri ini demi melaksanakan perubahan.

Namun para penganalisis saham makanan berpendapat bahawa bakal berlaku kerugian besar pada syarikat makanan jika pemerintah kian serius dalam mengatasi isu-isu ini.

UBS Warburg Global Equity Research baru-baru ini mengutarakan laporan mengenai risiko yang dihadapi oleh syarikat makanan yang besar ekoran saman dan kempen pemerintah yang pernah menimpa industri tembakau.

Laporan tadi meninjau syarikat makanan yang melabur di seluruh jagat seperti Coca Cola, McDonald's, Cadbury, Schweppes, Unilever, Nestle dan Procter Gamble di segi kerentanan mereka terhadap kempen 'makan tidak sihat'.

Apakah kempen sedemikian mengakibatkan turunnya penggunaan produk mereka, sekatan atau iklan serta saman besar yang pernah menimpa pengeluar asbestos dan merugikan syarikat tembakau?

Terimalah hakikat: Kita perlu bimbang soal gaya hidup kita daripada Al-Qaeda.

Belilah pita untuk ukur perut kita jika perlu. Namun lebih baik makan sayur da:n3s_59:ripada dihidangkan nasi beriani saja atau makanan kaya lemak. - IHT.



P/s: petikan daripa email seorang rakan.. nasib baik dah x makan McD.. sejak serangan di Ghaza hari tu.. yelah nak mengelakkan diri daripada menjadi salah seorang penyumbang menampung kos bom dan senjata Israel.. Nauzubillah

1 comment:

Adry said...

Boikot jangan tak boikot!!