11.21.2008

Maafkan Aku Ya ALLAH... besarnya dosaku

Apa yang kawan2 lakukan hari ini? Agak2 ada tak tingkah kita yang membawa kepada kekurang pahala yang kita simpan yang sememangnya dalam status 'pokai' dan kasihan.. mungkin solat kita cukup, aurat kita penuh menutup mengikut syarat tapi masih ada lagikah kekurangan dalam diri kita?

Kita berkawan dan berkomunikasi... tetapi sedarkah kita, semakin lama kita berhimpun, jika tiada niat kerana Allah dan menuntut ilmu maka adalah makhluk ketiga antara kita..SUDAH menjadi tabiat segelintir golongan manusia apabila berbual atau bersembang, mereka gemar bercerita mengenai hal orang lain. Kadangkala sedang asyik berbual itu, tanpa disedari mereka melampaui batas dan melakukan satu amalan mazmumah iaitu mengumpat.

Mengumpat atau dalam bahasa Arab disebut ‘ghibah’ ialah apabila seseorang bercerita kepada orang kedua berkaitan hal orang ketiga. Jika orang yang ketiga mendengar percakapan itu, maka sudah tentu ia marah.

Rasulullah SAW menjelaskan bercakap-cakap mengenai keburukan keturunan dan tingkah laku orang lain adalah dikira sebagai mengumpat, meskipun orang yang diumpat itu benar-benar bersifat demikian. Adapun jika orang yang diumpat itu tidak bersifat demikian, maka ia dianggap sebagai pendustaan pula.

Sebenarnya mengumpat itu adalah satu keinginan untuk menghancurkan seseorang, menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain. Sedangkan orang itu tiada di hadapannya. Menurut al-Qardawi, perbuatan itu sama seperti menikam seseorang dari belakang atau berlawan dengan seseorang yang tidak berdaya.

Keburukan mengumpat ini amat jelas, sehinggakan al-Quran menyamakan perbuatan mengumpat itu seperti memakan daging saudara sendiri yang meninggal dunia.

nurulfalah: Ya Allah peliharalah lidahku dan hatiku agar tidak melupaimu dan mengingati keaiban orang di sekelilingku...


Allah berfirman yang bermaksud,
“Janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Al-Quran menjelaskan bahawa perbuatan mengumpat itu wajib ditinggalkan kerana ia adalah satu perbuatan dilarang. Orang yang mengumpat itu pasti menerima dosa dan pembalasan azab daripada Allah di akhirat kelak. Demikian juga halnya dengan pendengar setia yang akan turut menanggung dosa sama.

Menurut Imam al-Ghazali, banyak sebab mendorong seseorang itu suka mengumpat. Antaranya:

**Menghilangkan kemarahan.
Apabila seseorang itu marah terhadap seseorang maka disebut kejahatan dan kelemahan
orang itu. Mengumpat lebih teruk lagi jika dicampur dengan hasad dan dengki.

** Menjaga hati kawan yang mengumpat.
Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat orang lain, orang mendengar itu turut serta menambah cerita yang ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yang diumpat semata-mata untuk menjaga hati kawannya.

**Berasa terhina.
Apabila seseorang membuat kenyataan umum, ia rasakan bahawa kata-kata itu ditujukan kepadanya dan ia berasa terhina. Tanpa berfikir panjang, lalu diumpat orang itu.

**Melepaskan diri.
Apabila berlaku sesuatu kepincangan dalam masyarakat, lantas dia mengumpat dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap kemungkaran itu.

** Menunjukkan kebaikan diri sendiri.
Seseorang yang ingin membuktikan kebaikannya dia memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain. Dalam hal ini ia menyebut mengenai kelemahan dan keburukan orang lain.

**Dengki.
Apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat Allah, dia berasa dengki lalu menceritakan kelemahan dan kekurangan orang lain. Kadangkala ia mendakwa, dialah yang lebih berhak mendapat anugerah itu.

**Tujuan bergurau.
Bagi membolehkan senda gurau dan lawak jenakanya diberi perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh pendengar.

**Menghina orang.
Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan dan memalukan orang lain ialah dengan menceritakan keaibannya.


nurulfalah: kadang-kadang tanpa kita sedar mengumpat sering menjadi habit. betul x?
cuba kita verazam untuk tidak mengatakan mengenai perihal orang lain.. cukuplah latihan untuk satu hari.. nurul pernah cuba.. Ya Allah.. jenuhnya..rasa lama sangat masa berlalu.. penyelesaiannya.. baru nurul tahu.. diam merupakan ubat dan senjata paling berkesan.. bukan diam tak bermaya dan tak berfikir.. tapi diam berhikmah dan penuh isi..
Wallahualam.. diri ini masih banyak kekurangan..
JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

No comments: