11.03.2008







Kubiarkan kerinduan

Di lautan memori..

Mengimbau kenangan indah

Yg menyentuh emosi..

Masih segar di ingatan

Saat mesra berputik..

Hadirmu bawa sinaran..

Cahaya inspirasi..


Sahabat..

Kau sesungguhnya..

Temanku..

Dikala suka dan lara.


Tika ku buntu

Diselubungi sendu..

Kau tiupkan ketabahan

Untuk ku ukir senyuman..

Bagaikan embun

Hilang di terbit fajar..

Kau pergi jauh mengejar cita

Menggapai redha YANG ESA..


Duhai sahabat

Dengarkanlah bicara hatiku ini..

Meskipun jarak memisahkan

Namun tiada noktah kasih..

Biarlah waktu menentukan

Nilai ukhwah yg terjalin..

Teruskanlah perjuangan

Hingga ke titisan darah terakhir..


Dan aku

Masih di sini

Terus mendaki

Puncak tertinggi hidupku..

Dan akuTerus menanti

Saat yg manis

Akan berulang kembali..

Sahabat...

(Devotees)


*************************************


Tiba tiba nurulfalh teringin pulak nak cerita pasal sahabat.. yelah kehidupan di kampus kan lebih banyak bersama sahabat kan? dah tak lama je lagi.. tinggal 1 sem je lagi.. so, pe citer nye ye?

Ehem..so, nurulfalah nak tujukan lagu ni khas untuk semua kawan2 nurulfalah di alam maya juga alam nyata..kepada kawan rapat, sahabat seperjuangan, roomates and housemates, seniors and juniors dan segala apa pun la gelaran kawan-kawan saya.. dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, U sampai la sekarang..yang kat oversea ke undersea ke seaside ke semua-semualah. Nak sebut nama sorang-sorang tak larat pulak..rasa nak paste je gambar semua tapi sat gi takut jadi issue pulak huhu

(lagu ni betul2 mendalam maksudnya.. cuba hayati ya..)


Kadang-kadang rasa cam terlebih sentimental pula..bukan apa, bila lihat kesusahan dan kesedihan rakan-rakan, walaupun dah kenal lama, walaupun kita dah masak sangat dengan perangai mereka..terasa ingin terus dok tepi dia dan comfortkan melalui segala macam cara, tapi nurulfalah ni tak pandai sangat ekspresikan keprihatinan. Quote from one of my goodfriend, siti "f****(nama sebenar nurulfalah:)) mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan concern nya" I could not agree more..since I believe in people's judgement..my bad. Nak sangat bagitau "I really care about you and I want to share your problems" but I just don't know the right word and the most proper way to do it.


Jadi saya harap sangat , sahabat-sahabat saya akan tabah menghadapi dugaan, cabaran dan ujian di dunia ini demi redha dan kasih sayang Allah di akhirat. Ingatlah Allah bagi hujan tu tak berpanjangan, sebab akan ada pelangi yang muncul selepas hujan tu reda..kan kan..:)


Ada lagi... nak citer pasal sahabat nie..
'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

No comments: