11.21.2008

Gagal? renungkanlah..

Peperiksaan telah berakhir.. dan penantian menungu keputusan sangat menyeksakan.. takut, berdebar cemas semua ada.. takut andai usaha yang telah diperuntukkan tidak membuahkan hasil seperti yang dirancang.. tapi betulkah ada pendapat mengatakan orang yang gagal akan terus gagal dan yang berjaya akan terus berjaya.. keluh kesah yang berjaya sering tak diendahkan.. yang akan didengari oleh si pemenang ialah,.. "Alal ko kan pandai, tipulah ko leh gagal.." sedihnya andai itu kata-kata yang diungkapkan oleh sahabat.. terasa bahawa kejayaan akan datang bergolek ke kaki yang si pemenang tanpa usaha... serasa si pemenang tidak perlu berusaha untuk berjaya.. terasa usahanya yang luar biasa untuk terus mempertahankan kejayaan diperkecilkan dan diketepikan..

Tapi ramai yang gagal dan sering kata... " ala, aku confirm gagal lagi"... Alamak, mereka berda untuk gagal? betulkah?

Banyak kali mencuba tetapi masih gagal? Siapa yang harus dipersalahkan? adakah mereka dan keluarga mereka? Adakah anda dapat menerima kenyataan ini, sekiranya saya mengatakan kegagalan adalah berpunca dari diri sendiri.Adakalanya kita tidak pernah sedar dan tahu apakah kelemahan yang kita miliki, seterusnya kita cenderung menyimpang dari tujuan asal. Apabila kita gagal, kita tidak boleh menyalahkan orang lain, kita juga tidak boleh mencipta alasan diatas kegagalan tersebut. Tetapi kita mesti mencari penyebab kepada kegagalan secepat yang mungkin, dan seterusnya bangkit semula . Bolehkah bangkit semula?

Saya pernah jatuh, dan saya juga bangkit kembali, dan sehingga ke saat saya menulis catatan ini, saya masih lagi dalam proses pemulihan untuk bangkit,kerana saya masih belum berjaya dengan sepenuhnya. walaupun adakalanya saya digoda dengan dengan perasaan takut untuk menghadapi kegagalan yang seterusnya, tetapi saya tidak dapat menafikan betapa nikmatnya hikmah kegagalan yang pernah saya alami. Kerana pernah gagal, saya kenal siapa diri saya, dimana kelemahan saya, dan sejauh mana kemampuan saya. Kegagalan juga mengajar saya erti berusaha,tabah dan yang paling penting saya kenal siapa diri saya. Sehingga ke hari ini, hanya satu prinsip yang saya pegang, ‘Kejayaan Milik Sesiapa yang berusaha’. Tanpa usaha, saya tidak akan kemana-mana.

Satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda, Perasaan takut pada kegagalan akan sentiasa mempengaruhi jiwa kita. Sekiranya perasaan ini,hadir sebelum melakukan apa tindakan, maka sudah pastinya kita tidak melakukan apa-apa , seterusnya kejayaan tidak dapat kita capai, hidup hanya dihantui ketakutan untuk gagal. Semakin kita berfikir tentang kegagalan, selagi itulah kita akan terus gagal.

Jika dulu, saya terlalu percayakan pada nasib, sekarang saya hanya memegang kata-kata ‘ nasib tidak akan berubah, selagi saya tidak berusaha untuk mengubahnya’. Begitu juga dengan kejayaan, sekiranya kita tidak berusaha untuk mencapainya, sudah pasti bayangan ketakutan kepada kegagalan, pasti akan menjadi kenyataan.

Teringat kembali kepada kata-kata bekas pensyarah saya, ‘ alangkah manisnya sekiranya kita boleh bangkit daripada kegagalan yang kita alami. Tetapi adalah lebih manis sekiranya kita belajar daripada kegagalan orang lain, dan jadikan pedoman dalam hidup kita. Oleh itu, selagi kita hidup, jangan sekali-kali kita berputus asa, Yang penting sentiasa berjuang untuk kejayaan diri kita sendiri, kerana hanya kita yang dapat bertanggungjawab kepada diri kita sendiri.

nurulfalah: berdebarnya tunggu result sem ni.. sebab takut tak dapat apa diingini.. tak tahu macam mana nak hadapi..Ya Allah.. tenangkanlah hatiku:)


JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

1 comment:

East Coast Cycling Team said...

Jika sesuatu kegagalan tak semestinya kita akan gagal selama lama nya, sudah tentu ada hikmah disebaliknya.

Semoga anda beroleh kejayaan.