9.13.2008

:::Bila pena menari::

apabila tangan bergerak, pena menari, mulalah akal berfikir, hati berdetik.. semua boleh jadi..

hari ni alhamdulillah dah 14 hari umat Islam berpuasa.. hari ini berbuka di McD bersama roomate trcinta.. ingtkn nk g singgora, tapi full seat plak.. terpaksalah pergi fast food terdekat.. tapi takpelah.. asalkan dapat berbuka dengan selamatnya..

Bagaimana pengisianku bulan Ramadhan kali ini.. ku rasa seolah-olah ada sesuatu yang hilang.. entah apa, kurang pasti.. cuma rasa sedih dan terkilan tak dapat menghayati kenikmatan Ramadhan sepenuhnya.. mungkin dek kesibukan kuliah, ditambah kesulitan dan kecelaruan menyiapkan assignment dan psm menyebabkan masaku lebih banyak dihabiskan di hadapan komputer berbanding Ramadhan yang lepas2..

Teringat dan terkenang waktu di sekolah dahulu.. sebelum maghrib sudah menunggu di surau.. bertadarus beramai-ramai.. seronok rasa hati.. berbuka ramai-ramai.. berkongsi segala yang ada.. tapi kini masing2 sudah jauh.. kadang2 ada yang dah berubah.. mungkin dek kerana kemajuan dunia dan kedewasaan usia serta hambatan kerja..

Terkenang jua waktu di matrix, sama-sama menyiapkan makanan.. solat maghrib ramai2 kemudian berbuka bersama.. bersama menghabiskan terawih yang 20.. diketuai imam yang dihormati.. punyai ilmu bertazkirah penyejuk hati.. tapi kini.. nak menjejakkan kaki ke mesjid pun perlu berkira banyak kali.. sudah siapkah assignment yang menimbun, esok ada testkah.. dah update pembetulan psm kh.. macam2 dugaan yang menimpa..

cuma, insyaAllah ku akan pertahankan apa yang masih ada.. nasihat ibu ayah tersemat di hati.. walau belajar tak tidur sampai dinihari.. solat wajib dilaksana, quran jangan dilupa dan berdoalah sepanjang masa disertai usaha dan kerja kuat bersama..

Nampak serius dan bersungguhkah entry kali in.. emm memang di hati inilah sebenarnya.. walau menghadap komputer dan merubah apa yang ada adalah hobi.. tapi cita-cita yang meninggi masih tetap yang pertama di hati.. Ya Allah tetapkan aku di jalanMu.. berikanlah aku teman penunjuk jalan.. agar boleh memberi teguran setiap kali kealpaan dan lalai dengan nikmat duniaMua.. amin..

nurulfalah.. perjalananmu masih jauh.. tetapkan hati

1 comment:

Adry said...

Salam.... Ya ya... itula yang paling penting... walau sibuk mana pun... walau tak tidur skalipun solat jangan tinggal k... bagus bagus...

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com