9.16.2008

:::hukum puasa jika lalat masuk mulut:::

Seperti yang dijanjikan, apa hukum puasa jika lalat termasuk ke dalam mulut?

Dalam keadaan yang tidak disengajakan sebegini, terdapat 2 kedudukan lalat* yang menentukan hukum bagi puasa seseorang itu.

1. Sekitar sebelum halkum (mulut, lidah, bibir, gigi); dan
2. Sekitar halkum dan selepasnya.




Sebelum diteruskan, baik kita tahu dahulu di mana kedudukan sebenar halkum. Halkum terletak di pangkal lidah. Iaitu tempat di mana kita menyebut huruf “kha” di dalam tulisan jawi.



Bukan “hha” lembut tapi “kha” atau “kho” yang dibaca tebal dalam pembacaan makhraj yang betul.

Berbalik kepada isu lalat tadi.

Sekiranya lalat itu berada dalam keadaan pertama (sebelum halkum), maka wajib dibuang, kerana jika ditelan maka batal puasa itu.

Namun, jika sebaliknya berlaku, iaitu keadaan kedua (halkum dan selepasnya), maka wajib ditelan, kerana jika dimuntahkan secara sengaja maka batal puasa itu.

Ia dikira di atas perbuatan muntah dengan sengaja yang menjadi salah satu daripada perkara yang membatalkan puasa.

Begitulah yang difahami setakat ini. Sebarang pertanyaan sangat dialu-alukan.

Ikuti sambungan selepas ini dalam qada’ puasa, bayar fidyah (denda) dan ukuran cupak.

Jumpa lagi, wallahu a’lam.

* Lalat merupakan contoh sahaja. Nyamuk, lipas, atau apa sahaja serangga lain juga termasuk dalam hukum ini.

3 comments:

mhud said...

oo0oppss..bahaya ni sampai msk2 mulut..ada ke org penah kene..hehehe...niway good info..thanks

nurul falah said...

hehe.. xtau plak.. sy pn xpnh ada pengalaman mkn lalat ni:)

Adry said...

pernah ke lalat masuk mulut?? huhu

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com