7.23.2009

KISAH BARU

JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)
Assalamualaikum.. buat semua yang sudi mengunjungi blog ini dikala ownernya kalut dan berat untuk mengupdate.. tQ so much.. maaf, tiada pengisian yang dapat dihadiahkan..

Di kesempatan ini, nurul ingin mengucapkan tahniah kepada bakal graduan yang akan menghadiri majlis meraikan mereka.. dan nurul sendiri..Tahniah!! Anda layak setelah 4 tahun berhempas pulas mengorbankan masa yang bukan sedikit, dengan bantuan tenaga yang dipinjamkan Allah, beserta sokongan kewangan PTPTN@ biasiswa KPM di samping scholarship PaMa yang tidak pernah putus.. Hehe.. Buat bakal graduan Fakulti Pendidikan, insyaAllah kita bertemu di dewan bersejarah, DSI yang megah pada hari Isnin, 17Hb Ogos 2009.. 2.00 petang..
(Alamak.. masa ni baru teringat nak pakai baju apa waktu konvo nanti:)

Buat rakan-rakan yang telah menerima surat tawaran temuduga GST, semoga berjaya.. Jangan lupa tempat temuduga dan tarikhnya.. takut nnti terlepas pula.. Nurul sendiri sudah mula rasa bahang kecuakan untuk ditemuramah... nampaknya selepas ini, walaupun masa kurang mengizinkan, terpaksa juga menyelak dengan bersungguh-sungguh akhbar yang jarang dijenguk untuk mengikuti isu-isu semasa yang sedang hangat dikatakan sekarang.. Mungkin merupakan salah satu soalan yang akan diajukan ketika ditemuramah..(mintak-mintaklah x ditanya soalan-soalan yang tak terjangka...)

Manakala bagi rakan-rakan yang sama-sama berjuang tidak jemu meneruskan perjuangan, semoga tabah dengan segala tugasan, yang mungkin agak berat untuk stage kita yang kurang berpengalaman, berbanding pelajar postgraduate yang sudah mempunyai pengalaman kerja yang luas... sama-samalah kita berusaha agar segalanya mengikut perangcangan.. AMin.. Tabahkan hati ini Ya Allah, kuatkan semangat kami dan permudahkanlah segala urusan kami.
(bila asgmt nak siap ni:(

Nurul_falah: Interview+Assgmnt+Konvo.. ni baru betul 3 dalam 1... dah macam nescaffe 3 in 1 plak..
nurul falah

No comments: