10.17.2008

:::TOLONGLAG::

Nak mintak tolong sikit boleh x???

TOLONG INGATKAN SAYA..

Andai saya terlupakan Tuhan.. Dalam kelapangan dan kesibukan.. Dalam kesenangan dan kesusahan..

Tolong ingatkan saya.. Jangan jadi anak derhaka.. Mak ayah dilupakan jangan.. Usah diluka hati dan perasaan..

Tolong ingatkan saya.. Supaya ingat pesanan guru.. Bukan sekadar peringatan.. Tapi tarbiyah berpanjangan..

Tolong ingatkan saya.. Dengarlah dan bacalah Al-Quran.. Tika radio penuh hiburan.. Tika tv penuh hindustan..

Tolong ingatkan saya.. Di mana Islamnya zahirku.. Jika aurat didedahkan.. disingkat, diketat dan dijarangkan..

Tolong ingatkan saya.. Jadilah sahabat yang baik.. Sentiasa memberi peringatan.. Sentiasa menerima teguran..

Tolong ingatkan saya.. Kalau bercinta biar keranaNya.. Dalam memilih utamakan Iman.. Kelak ikatan dihindari syaitan..

Tolong ingatkan saya.. Hidup ini satu kembara.. Kutiplah mutiara dalam perjalanan.. Moga di sana menjadi bekalan..

Tolong ingatkan saya.. Diri ini milik Yang Kuasa.. KepadaNya jiwa diserahkan.. Segala-galanya Dialah tumpuan..

Tolong ye.. Ingatkan ana... Terima kasih, syukran jaziilan.. Wassalam....


JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

No comments: