8.07.2008

;;;mA@f KuPinTa aTas KeLemAh@n YaNG @d@:::::

Assalamualaikum sahabat-sahabiah semuanya...........

Semoga kalian sentiasa berada dalam rahmatNya.

Sejambangan kesyukuran ke hadrat Allah, dalam kepayahan dan titisan tekanan mula menjarah, kecintaan-Nya hadir dalam tiap sujud. kecintaan-Nya datang dari setiap wahyu kalam, kecintaan-Nya wujud dalam ilham sahabat-sahabat sefiqrah..

Jutaan kemaafan buat sahabat yang menatap laman blog ini, dalam kepayahan ku mengatur langkah..masih tidak mampu lagi keluar dari kancah masalah. Justeru, tiada sebarang posting mahupun wacana iman mampu dikongsi bersama, sementelahan pula berlaku gangguan dalam blog ku ini..

Pelbagai peristiwa tidak mampu dterjemahkan dalam penulisan ini, Sekadar berlegar-legar di kepala dan kemudian hilang ditiup semilir petang. Keazaman masih belum bersinar cahayanya. Seakan tercari-cari lagi arahnya kerana tenggelam dalam lautan kesibukan yang sebenarnya adalah satu ciptaan dan alasan.

Lantaran itu, salam kemaafan sekali lagi buat semua pengunjung blog ini. Mungkin anda dihambat kebosanan melihat hamba Allah bernama halim ini masih di takuk lama.

MOhon doa dari kalian, agar secangkir kata ini bukan sekadar untuk dirasa...tapi diberi pewarna keimanan..

>jumpa lagi, insya'Allah


No comments: