1.04.2009

SALAM MAAL HIJRAH 1430H

Bismillahirrahmannirrahim..

assalamualaikum sahabat semua.. alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bersua lagi.. masa tetap berjalan dan tanpa sedar banyak pengalaman yang telah dilalui.. suka duka tahun 2008 dan 1429H tetap dalam ingatan dan semuanya akan tetap berada dalam lipatan sejarah hidup kita.. di sini nurul ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua.. moga dengan tahun yang semakin bertambah, usia yang semakin meningkat akan dijadikan panduan untuk meningkatkan ilmu di dada, menetapkan hati yang sering goyah, menstabilkan pegangan yang sering teralih dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya..

apabila dibincangkan mengenai tahun baru, sering terdengar mengenai azam.. kenapa apabila tahun baru perlu ada azam? sepatutnya kita meletakkan azam setiap hari. apa yang perlu dilakukan setiap hari, muhasabah diri untuk hari sebelumnya, dan merancang perkara yang akan dilakukan pada hari seterusnya.. apapun mungkin ada satu azam atau perkara penting yang ingin dicapai dalam masa yang ditentukan..nurul berdoa, semoga ditetapkan hati, menjadi manusia yang sering bersyukur, mengurangkan memperbincangkan perkara yang sia-sia dan mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan.. dan semoga tahun ini, nurul dapat menghabiskan first degree dengan selamat dan result yang boleh dibanggakan umi dan abah.. dan semoga nurul tetap menjadi anak yang taat dan patuh pada ibubapa seiring mencari keredhaanNya..

di kesempatan ini, nurul ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali nurul, rapat, x rapat, jauh dan dekat, realiti dan maya atas apa jua kesalahan dan kekurangan diri yang sering alpa ini yang kadangkala membebankan sahabat dengan secara tidak disengajakan..\buat rakan-rakan 4SPF, ku berdoa moga persahabatan kita sentiasa murni dan jernih dan semoga kita tetap tabah menghadapi segala cabaran bersama.. andai kata ada terkasar bahasa, terlbih gurauan, tersinggung perasaan, ampun dan maaf ku pohon dengan rendah hatinya..semoga kita sama-sama menjalani tahun baru dengan hati-hati baru yang lebih bersih dan ikhlas melalukan apa-apa jua perkara.. selamat tahun baru untuk semua..


JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)







JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

11.21.2008

Gagal? renungkanlah..

Peperiksaan telah berakhir.. dan penantian menungu keputusan sangat menyeksakan.. takut, berdebar cemas semua ada.. takut andai usaha yang telah diperuntukkan tidak membuahkan hasil seperti yang dirancang.. tapi betulkah ada pendapat mengatakan orang yang gagal akan terus gagal dan yang berjaya akan terus berjaya.. keluh kesah yang berjaya sering tak diendahkan.. yang akan didengari oleh si pemenang ialah,.. "Alal ko kan pandai, tipulah ko leh gagal.." sedihnya andai itu kata-kata yang diungkapkan oleh sahabat.. terasa bahawa kejayaan akan datang bergolek ke kaki yang si pemenang tanpa usaha... serasa si pemenang tidak perlu berusaha untuk berjaya.. terasa usahanya yang luar biasa untuk terus mempertahankan kejayaan diperkecilkan dan diketepikan..

Tapi ramai yang gagal dan sering kata... " ala, aku confirm gagal lagi"... Alamak, mereka berda untuk gagal? betulkah?

Banyak kali mencuba tetapi masih gagal? Siapa yang harus dipersalahkan? adakah mereka dan keluarga mereka? Adakah anda dapat menerima kenyataan ini, sekiranya saya mengatakan kegagalan adalah berpunca dari diri sendiri.Adakalanya kita tidak pernah sedar dan tahu apakah kelemahan yang kita miliki, seterusnya kita cenderung menyimpang dari tujuan asal. Apabila kita gagal, kita tidak boleh menyalahkan orang lain, kita juga tidak boleh mencipta alasan diatas kegagalan tersebut. Tetapi kita mesti mencari penyebab kepada kegagalan secepat yang mungkin, dan seterusnya bangkit semula . Bolehkah bangkit semula?

Saya pernah jatuh, dan saya juga bangkit kembali, dan sehingga ke saat saya menulis catatan ini, saya masih lagi dalam proses pemulihan untuk bangkit,kerana saya masih belum berjaya dengan sepenuhnya. walaupun adakalanya saya digoda dengan dengan perasaan takut untuk menghadapi kegagalan yang seterusnya, tetapi saya tidak dapat menafikan betapa nikmatnya hikmah kegagalan yang pernah saya alami. Kerana pernah gagal, saya kenal siapa diri saya, dimana kelemahan saya, dan sejauh mana kemampuan saya. Kegagalan juga mengajar saya erti berusaha,tabah dan yang paling penting saya kenal siapa diri saya. Sehingga ke hari ini, hanya satu prinsip yang saya pegang, ‘Kejayaan Milik Sesiapa yang berusaha’. Tanpa usaha, saya tidak akan kemana-mana.

Satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda, Perasaan takut pada kegagalan akan sentiasa mempengaruhi jiwa kita. Sekiranya perasaan ini,hadir sebelum melakukan apa tindakan, maka sudah pastinya kita tidak melakukan apa-apa , seterusnya kejayaan tidak dapat kita capai, hidup hanya dihantui ketakutan untuk gagal. Semakin kita berfikir tentang kegagalan, selagi itulah kita akan terus gagal.

Jika dulu, saya terlalu percayakan pada nasib, sekarang saya hanya memegang kata-kata ‘ nasib tidak akan berubah, selagi saya tidak berusaha untuk mengubahnya’. Begitu juga dengan kejayaan, sekiranya kita tidak berusaha untuk mencapainya, sudah pasti bayangan ketakutan kepada kegagalan, pasti akan menjadi kenyataan.

Teringat kembali kepada kata-kata bekas pensyarah saya, ‘ alangkah manisnya sekiranya kita boleh bangkit daripada kegagalan yang kita alami. Tetapi adalah lebih manis sekiranya kita belajar daripada kegagalan orang lain, dan jadikan pedoman dalam hidup kita. Oleh itu, selagi kita hidup, jangan sekali-kali kita berputus asa, Yang penting sentiasa berjuang untuk kejayaan diri kita sendiri, kerana hanya kita yang dapat bertanggungjawab kepada diri kita sendiri.

nurulfalah: berdebarnya tunggu result sem ni.. sebab takut tak dapat apa diingini.. tak tahu macam mana nak hadapi..Ya Allah.. tenangkanlah hatiku:)


JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

Maafkan Aku Ya ALLAH... besarnya dosaku

Apa yang kawan2 lakukan hari ini? Agak2 ada tak tingkah kita yang membawa kepada kekurang pahala yang kita simpan yang sememangnya dalam status 'pokai' dan kasihan.. mungkin solat kita cukup, aurat kita penuh menutup mengikut syarat tapi masih ada lagikah kekurangan dalam diri kita?

Kita berkawan dan berkomunikasi... tetapi sedarkah kita, semakin lama kita berhimpun, jika tiada niat kerana Allah dan menuntut ilmu maka adalah makhluk ketiga antara kita..SUDAH menjadi tabiat segelintir golongan manusia apabila berbual atau bersembang, mereka gemar bercerita mengenai hal orang lain. Kadangkala sedang asyik berbual itu, tanpa disedari mereka melampaui batas dan melakukan satu amalan mazmumah iaitu mengumpat.

Mengumpat atau dalam bahasa Arab disebut ‘ghibah’ ialah apabila seseorang bercerita kepada orang kedua berkaitan hal orang ketiga. Jika orang yang ketiga mendengar percakapan itu, maka sudah tentu ia marah.

Rasulullah SAW menjelaskan bercakap-cakap mengenai keburukan keturunan dan tingkah laku orang lain adalah dikira sebagai mengumpat, meskipun orang yang diumpat itu benar-benar bersifat demikian. Adapun jika orang yang diumpat itu tidak bersifat demikian, maka ia dianggap sebagai pendustaan pula.

Sebenarnya mengumpat itu adalah satu keinginan untuk menghancurkan seseorang, menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain. Sedangkan orang itu tiada di hadapannya. Menurut al-Qardawi, perbuatan itu sama seperti menikam seseorang dari belakang atau berlawan dengan seseorang yang tidak berdaya.

Keburukan mengumpat ini amat jelas, sehinggakan al-Quran menyamakan perbuatan mengumpat itu seperti memakan daging saudara sendiri yang meninggal dunia.

nurulfalah: Ya Allah peliharalah lidahku dan hatiku agar tidak melupaimu dan mengingati keaiban orang di sekelilingku...


Allah berfirman yang bermaksud,
“Janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Al-Quran menjelaskan bahawa perbuatan mengumpat itu wajib ditinggalkan kerana ia adalah satu perbuatan dilarang. Orang yang mengumpat itu pasti menerima dosa dan pembalasan azab daripada Allah di akhirat kelak. Demikian juga halnya dengan pendengar setia yang akan turut menanggung dosa sama.

Menurut Imam al-Ghazali, banyak sebab mendorong seseorang itu suka mengumpat. Antaranya:

**Menghilangkan kemarahan.
Apabila seseorang itu marah terhadap seseorang maka disebut kejahatan dan kelemahan
orang itu. Mengumpat lebih teruk lagi jika dicampur dengan hasad dan dengki.

** Menjaga hati kawan yang mengumpat.
Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat orang lain, orang mendengar itu turut serta menambah cerita yang ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yang diumpat semata-mata untuk menjaga hati kawannya.

**Berasa terhina.
Apabila seseorang membuat kenyataan umum, ia rasakan bahawa kata-kata itu ditujukan kepadanya dan ia berasa terhina. Tanpa berfikir panjang, lalu diumpat orang itu.

**Melepaskan diri.
Apabila berlaku sesuatu kepincangan dalam masyarakat, lantas dia mengumpat dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap kemungkaran itu.

** Menunjukkan kebaikan diri sendiri.
Seseorang yang ingin membuktikan kebaikannya dia memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain. Dalam hal ini ia menyebut mengenai kelemahan dan keburukan orang lain.

**Dengki.
Apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat Allah, dia berasa dengki lalu menceritakan kelemahan dan kekurangan orang lain. Kadangkala ia mendakwa, dialah yang lebih berhak mendapat anugerah itu.

**Tujuan bergurau.
Bagi membolehkan senda gurau dan lawak jenakanya diberi perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh pendengar.

**Menghina orang.
Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan dan memalukan orang lain ialah dengan menceritakan keaibannya.


nurulfalah: kadang-kadang tanpa kita sedar mengumpat sering menjadi habit. betul x?
cuba kita verazam untuk tidak mengatakan mengenai perihal orang lain.. cukuplah latihan untuk satu hari.. nurul pernah cuba.. Ya Allah.. jenuhnya..rasa lama sangat masa berlalu.. penyelesaiannya.. baru nurul tahu.. diam merupakan ubat dan senjata paling berkesan.. bukan diam tak bermaya dan tak berfikir.. tapi diam berhikmah dan penuh isi..
Wallahualam.. diri ini masih banyak kekurangan..
JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

Titis-titis Ilmu untuk Semua

Life is jus like riding a bicycle, only those who stop pedaling fall......

LeArN Fr0m YeStErDaY, LivE FoR T0DaY, HoPe FoR T0m0rRoW
SMILE, even through your tears!!!!!

Seseorang telah bertanya kpd Rasullullah SAW, "Siapakah teman yg paling baik buat kami?" Nabi SAW bersabda, "Seseorang yg apabila kamu mmandangnya kamu akn teringatkn ALLAH SWt, percakapannya menambahkan ilmumu dan amalannya mngingatkan kamu kpd akhirat.....

nothing is so easy but dont make is so dfficult....

Kdgkala kita memerlukan seseorg utk meluahkan apa yg dirasa,berkongsi segala duka dan meraikan segala bahagia..dan adakalanya kita perlu bersendirian utk kita tahu dan menilai betapa kita perlu bersyukur atas segala rasa dan nikmat yg dikurniakanNYA... utk mengabdikan hidup ini lebih bermakna dan tidak sepi tanpa ANUGERAHNYA

"To Handle Yourself Use Your Head, To Handle Others Use Your Heart"

Jangan menyesali apa yang telah terjadi kerana air susu yang tertumpah itu tidak akan kembali, terimalah apa yang berlaku dengan seadanya -Abul Islami

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Kata-kata itu sebenarnya tak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa tapi sukar menggambarkan perasaan"

"Kdgkala kita memerlukan seseorg utk meluahkan apa yg dirasa,berkongsi segala duka dan meraikan segala bahagia..dan adakalanya kita perlu bersendirian utk kita tahu dan menilai betapa kita perlu bersyukur atas segala rasa dan nikmat yg dikurniakanNYA... utk mengabdikan hidup ini lebih bermakna dan tidak sepi tanpa ANUGERAHNYA



JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

Bertukar.. jadi otromen

Assalamualaikum sahabat sekalian:)
semoga sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah hendaknya.. rasanya ini merupakan entry terakhir nurulfalah untuk bulan ini.. ( dah nak balik umah ni)

Maaf andai tiada entry terbaru wat masa terdekat ini.. so, skg status nurulfalah pun bertukar ( macam BERTUKAR.... otromen ..ngee~~~)daripada student sepenuh masa kepada surirumah sepenuh masa.. menolong mana yang patut je.. tapi cuti nurulfalah kejap je.. jap lagi dah kena balik u balik sebab ada program..

Buat kawan2 seperjuangan, selamat bercuti.. bagi yang sedang mengikuti program BIG caiyok2.. semoga dapat melengkapkan diri menjadi guru yang mahir serba serbi.. buat rakan2 blogger.. mesti nurulfalah akan merindui kalian.. sob..sob sedih.. tapi tak mengapa.. jauh di komputer, dekat di ingatan.. huhu

So entry hari ini nurulfalah nak cerita pasal ISTIDRAJ..

Ap itu istidraj:)

ISTIDRAJ

Seringkali kita tertanya-tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa mendapat nikmat spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

Sebenarnya kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.


Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..



Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.


(tQ kepada zorri atas ingatan dan teguran)

Dari Abdullah bin ' Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."





JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

11.20.2008

Tag.. Mhud again

Mhud.. tQ for d tag.. nak tau jawapannya?
huhu mailha kita tengok siapa yang kena..
tapi maaflah tiada pengalaman ditinggalkan dan meninggalkan.. so , ini hanyalah imiginasi dan apa yang nurulfalah akan katakan.. hehe:mLove:


What if your ex said these to you???
1. Hi how are ya?
* Happy Always..@adil
Alhamdulillah*

2. Hey! You wanna go to the mall?!
*Eah.. memang nak pergi ni.. mane tau @fikir*
(tapi gi ngan org lain yerk.. sori@jelir)

3. I LOVE U..
*I lap u @hensem*

4. DO u want some cookies?
* tak maulah cookies.. nak kek secret recipe..@tata *

5.Can you take me a picture?!?
* maaf, saya bukan cameraman awak @mari*

6.Help me in my homework!
* homework? ingat awak cikgu saya ke nak suh2 tolong buat homework..pleaselah@satu*

7. Here’s my gift to you…
*amik jelah.. rezeki jangan tolak @gatai*

8. Let’s just be textmates
* Tektmate? apa tu? sejenis nama tikar ea *

9. Do you want me to buy you an ipod?
* tak mau, nak umah besar cam umah siti nurhaliza*
(saya kan materialistik.. awak kata)
@hensem

10.Let’s sit together in the bus
* Bas? pandai ea naik bas? x rimas ke ramai orang? *
@tata

11. Hi baby
* La.. bila masa saya jadi anak awak ni? *:mHantuk:


12. Your still cute!
* maaf, tak cair pun..:mGergaji:*

13.I still LOVE you!
* n i want lap u like kain buruk :mBerangan:*

14.Can I visit your house?
* House?
kenapa? nak volunteer jadi maid ke?
xpe da ada dah..:mKening: *

15.Do you love me?
* Yes, I love Allah, rasul, ma parents n my becoming husband.. *
(jemputlah dtg umh time kenduri nnti e.. nak suh bsuh periuk.. kate nak jadi maid kan:mGelak:)

Follow this instruction:
1. named 5 candidates on your list.
2. ask them to complete this tag.
3. repost on their blog
4. write the title “what if your ex said this to you”
1. Slumberaja
2. Zuanzagzig
3. Putra Falah
4.Umaisarah
5.Zams.
(tiada berat sebelah dalam pemilihan rakan blogger.. cuma mengambil nama yang tekini di chatters box je:mHurm:
See ya...


JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)


11.15.2008

::wANITA::


Fadhilah Wanita Catatan Pembuka Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.


Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS


Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.


Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.


Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.


Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."



JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah