1.09.2009

PENGUMUMAN

:Cute_Panda_13:
Assalamualaikum kawan2.. hehe dah malam dah ye.. :soldier_49:hari ni nurul banyak sikit masa terluang.. ni pun baru nak kemas meja n nak siapkan apa yang patut.. Sempena tahunbaru yang telah tiba ni, nurul nak raikan dengan semangat baru n cat umah baru..:head_09: tapi macam biasalh bila template baru banyak khazanah berharga yang hilang.:head_07: nurul akan tmbh sedikit demi sedikit ya.. apa-apapun, bg rakan2 nurul, harap inform kan link di ruangan sembang ya.. agar mudah nurul link n ziarah blog semua.. mmm tp kepala ttp penuh ngn projek2 n assignment yg blum terbuat. ditambah dengan fyp yg msih dlm proses mndptkn dapatan..:head_03:pusing-pusing...apa-apapun kepada rakan2 selamat berhujung minggu n sama2lah kita manfaatkan nye.. hehe :head_08:

::Teruskan Berjuang Sayang::

:pingu_02:Faizah

Masa yang ada terlalu sedikit

Peluang yang ada terlalu terhad

Kudrat yang ada terlalu terbatas

:pingu_04:Masa+peluang+kudrat yang ada

Manfaatkan sebaiknya

Semangat dan azam mengatasi segalanya

Hanya padaNya mohon doberi ketenangan, kemudahan dan kekuatan

:pingu_34:Kerana jalan yang dilalui penuh dengan kesukaran dan keperitan

Namun disana ada kemanisan

Biarlah kepahitan lalu menjadi titik hidayah

Untuk kita terus mengorak langkah ke hadapan

:pingu_23:za,

Dare to dream what you want to dream

Do what you want to do

Go where you want to go

Be what you want to be

You only have this lifetime to fulfill your ambition

Cherish it

And live life to the fullest

YOU CAN IF YOU WANT TO

:pingu_17:"do your best

You can if you want to

No more time to do it again

So enjoy it now"

::RahSia WakTu SoLat::

Assalamualaikum kawan2. salam hari jumaat.. buat kaum muslimin, jgn lupa solat Jumaat ya.. :n3s_45: Baiklah, hari ni, sempena hari Jumaat yang mulia, nurul nak kongsi bersama ilmu yang ada. artikel ini diemailkan oleh sahabat nurul yang sekarang berada nun jauh di Trg.. terima kasih siti atas ingatan dan segala tunjuk ajar... Kenapa kita bersolat? kerana ia merupakan satu tanda bahawa kita menurut dan taat perintah Allah. Juga sebagai tanda kesyukuran dan rasa rendah diri kita sebagai hambaNya.. Tapi kenapa Allah menetapkan 5 waktu sehari dan ada waktu2 tertentu mengikut rakaat yang ditentukan? tentu ada rahsia dan kelebihannya bukan? kenapa waktu subuh hanya 2 rakaat dan maghrib 3 rakaat..Nak tau? mari kita menyelongkar khazanah ilmu di pagi Jumaat ini.. moga-moga dengan ilmu yang diperolehi akan menambah rasa syukur dan taqwa kita kepadaNya..
:Cute_Panda_18:


CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada
waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. :cinonet_46:


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ...
:cinonet_05:
Wallahualam..:pingu_30:banyaknya manfaat yang kita dapat ya.. tu pun kadang-kadang suka kita melengah-lengahkannya.. padahal Allah sayangkan hambaNya... key tu je tuk kali ni.. jumpa nanti lain entry ya.. da...
:cinonet_04:

1.07.2009

Ku milikmu

:Cute_Panda_18:Assalamualaikum kawan-kawan.. hehe.. apa nak cerita ye pagi-pagi ni.
sebenarnya nurul baru siapkan assignment ..
:soldier_54:sebenarnya dah ngantuk.. tapi nak memenuhi permintaan asrarqulub yang agak tertarik ngan pic2 cute dalam
blog ni..

:pingu_30:(even gambar2 ni biasa je.. huhu.. maybe sebab blog ni comey kot.. tu gambar2 dalam ni ikut jadi comey cam blog ni)
:pingu_17:sebenarnya
sebenar
seben
s
e
b
e
n
a
r
n
y
a....
hehe

:cinonet_46: tips ni diberikan oleh cik neslo
:Cute_Panda_20:huhu.. selamat mencuba..

(:cinonet_46:kenapa tajuk ku milikmu? sebab skrg nurul tgh tgk tv3 online.. citer ku milikmu.. kesian anisa.. bilalh nak tukar glasses ye.. bru org tau sape lagi comel sebenarnya.. mestilah nurulfalah.. hehe gurau jek)
:cinonet_04:ke da.. take care semua.. luv u

1.05.2009

Assalamualaikkum rakan2.. :Cute_Panda_21:hari ni 5hb Jan 2009, Isnin.. so Monday mood lh cam biasa.. malas nak bangun, hehe.. kelas kul 9 plak.. kul 10 jumpa Dr nak bincang psl fyp.. xtau nak bawa apa ni jumpa dia..dahlah ngantuk lagi:Cute_Panda_13:.. baju pun lum gosok.. :n3s_02:
xpe2 bukak mata gi gosok baju, siap2 g kuliah.. caiyok2.. hehe agaknya camnilah adik2 yang nak gi sekolah hari ni kan? lagilah first day..
:cinonet_53:Apa-apapun semua wat yang sehabis baik k.. (cam dlm lgu pengakap)...
:cinonet_42:pagi ni kelas instrument.. hoho study psl datasheet kot.. xde idea plak camne nak build digital multimeter sendiri.. ada idea? jom share..

ok dah kul 8.00, nak siap2 gi kelas ni.. kena siap2 awal, nnti ada je benda yg kurang.. opss lupa, entry ni sbnrnya nak bgtau, next entry ada citer best nak share? pasal holiday trip yg nurulfalah pergi baru2 ni.. tunggu ya
:pingu_23:key da..

1.04.2009

selamat kembali ke sekolah

:pingu_10:hai kawan2.. buat adik2 dan para pelajar, selamat kembali ke sekolah..
:pingu_13:semoga hari- hari mendatang akan dilalui dengan lebih bersemangat..
:cinonet_17:hehe.. caiyok2.. baju sek dah gosok? stokin dah ada? beg sek dah siap? pencil case dah complete? hehe.. entry khas untuk adik2 tersayang..
:cinonet_05:semoga belajar rajin-rajin ya..

:cinonet_10:mohd daniel hakim-primary 1
mohd aiman zafri-primary 6
mohd amir zarif-form 2
amirah zulfah-form 4
fatin zuhra - form 5..
gambatte adik2.. jangan nakal2 kat sekolah.. bljr btul2.. good luck n love u..
:n3s_01:

SALAM MAAL HIJRAH 1430H

Bismillahirrahmannirrahim..

assalamualaikum sahabat semua.. alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bersua lagi.. masa tetap berjalan dan tanpa sedar banyak pengalaman yang telah dilalui.. suka duka tahun 2008 dan 1429H tetap dalam ingatan dan semuanya akan tetap berada dalam lipatan sejarah hidup kita.. di sini nurul ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua.. moga dengan tahun yang semakin bertambah, usia yang semakin meningkat akan dijadikan panduan untuk meningkatkan ilmu di dada, menetapkan hati yang sering goyah, menstabilkan pegangan yang sering teralih dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya..

apabila dibincangkan mengenai tahun baru, sering terdengar mengenai azam.. kenapa apabila tahun baru perlu ada azam? sepatutnya kita meletakkan azam setiap hari. apa yang perlu dilakukan setiap hari, muhasabah diri untuk hari sebelumnya, dan merancang perkara yang akan dilakukan pada hari seterusnya.. apapun mungkin ada satu azam atau perkara penting yang ingin dicapai dalam masa yang ditentukan..nurul berdoa, semoga ditetapkan hati, menjadi manusia yang sering bersyukur, mengurangkan memperbincangkan perkara yang sia-sia dan mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan.. dan semoga tahun ini, nurul dapat menghabiskan first degree dengan selamat dan result yang boleh dibanggakan umi dan abah.. dan semoga nurul tetap menjadi anak yang taat dan patuh pada ibubapa seiring mencari keredhaanNya..

di kesempatan ini, nurul ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali nurul, rapat, x rapat, jauh dan dekat, realiti dan maya atas apa jua kesalahan dan kekurangan diri yang sering alpa ini yang kadangkala membebankan sahabat dengan secara tidak disengajakan..\buat rakan-rakan 4SPF, ku berdoa moga persahabatan kita sentiasa murni dan jernih dan semoga kita tetap tabah menghadapi segala cabaran bersama.. andai kata ada terkasar bahasa, terlbih gurauan, tersinggung perasaan, ampun dan maaf ku pohon dengan rendah hatinya..semoga kita sama-sama menjalani tahun baru dengan hati-hati baru yang lebih bersih dan ikhlas melalukan apa-apa jua perkara.. selamat tahun baru untuk semua..


JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)







JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah