11.15.2008

Yakinlah::



Serahkanlah segala peristiwa yang kita alami kepada ALLAH s.w.t.. Apa pun yang kita terima, kita perlu bertawakal kepada-NYA dan berpegang teguh kepada janji-NYA. Jangan sesekali berburuk sangka kepada ALLAH s.w.t. dan sentiasalah redha pada setiap yang telah ditentukan-NYA. Insya-ALLAH, kita tergolong dalam orang-orang yang mencapai kemenangan.

Kalau kita merasakan ketenangan dan kebaikan sesuatu dan sentiasa berpegang teguh kepada ALLAH s.w.t. pada setiap ujian dan keadaan yang kita alami, Insya-ALLAH kita akan dapat pertolongan, petunjuk, bantuan dan perlindungan daripada ALLAH. Apabila pertolongan ALLAH sudah kita rasai, maka bersyukurlah selalu dan yakinlah; hati yang resah akan menjadi aman.

Ketika Nabi ALLAH Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang marak menyala, baginda tetap yakin dan bertasbih; "hasbunaLlah waniqmal wakil." Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Lalu ALLAH jadikan api yang menyala itu sejuk.

Ketika RasuluLlah s.a.w. dan para sahabat diancam bunuh oleh orang kafir dan tentera berhala, mereka tetap membaca surah Ali-’Imran ayat 173-174 yang maksudnya; Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar daripada ALLAH, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan ALLAH. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar.

Bila kita bertambah yakin kepada ALLAH dan serahkan diri kepada ALLAH, Insya-ALLAH segala dukacita masa lalu akan berakhir. Janganlah berduka bila kenangkan dan perhatikan perbuatan orang lain yang mengguriskan perasaan. Sesungguhnya, manusia tidak mempunyai kekuatan untuk mematikan atau menghidupkan walau sekecil mana pun nyawa atau sekelumit mana pun keadaan. Manusia juga tidak dapat berikan ganjaran terhadap segala perbuatan orang lain. Kerana manusia itu bersifat lemah dan tidak punya kuasa. Segala kuasa yang ada di muka bumi ini adalah hak ALLAH.

Menjadi manusia kita kena yakinkan diri terhadap kekuasaan ALLAH. Semua yang berlaku kepada kita adalah dengan izin ALLAH. Dekatilah diri kepada ALLAH, berserah diri kepada-NYA, redha terhadap segala yang telah ditetapkan-NYA, dan penuhi hati dengan zikirullah dan menyintainya dengan sepenuh hati. Insya-ALLAH kita akan dapat memakmurkan hidup yang hakiki. Kemakmuran yang paling indah yang tidak ada bandingnya di dunia ini. Hanya kita yang merasainya, hanya kita yang menikmatinya.

Jangan pernah berhenti berdoa. Doa itu bukan sahaja ibadat, tetapi talian hayat yang mengakrabkan kita dengan Yang Maha Pencipta dan akrabkan kita dengan insan-insan yang kita doakan. Doa mendekatkan yang jauh, doa mengakrabkan yang dekat, doa mengukuhkan ikatanyang ada, doa meleraikan kekusutan, doa mengamankan yang bergelora dan doa menyelesaikan persoalan yang mendera.




JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

11.14.2008

:::SaYang:::


Assalamualaikum kawan2..:)
Seperti minggu sebelum ini, sekarang nurulfalah masih lagi dalam exam mood...
maaf andai ada blogger yg menjenguk dan tiada hadiah yang dapat nurulfalah berikan..
sem ni, minggu exam mmg x dpt diatur dngn baik... mungkin kesibukan masa time kuliah menyiapkan fyp menyebabkan nota dan fahaman teori tak kukuh di ingatan..Plus suka main2 dalam kuliah & tak sabar2 nak keluar bila waktu kuliah hampir berakhir.. ngee~~~

menyebabkan perjalanan waktu exam tidak seperti yang pernah dilalui sebelum ini..
masih ada 2 paper besar yang bakal nurulfalah lalui selasa dan rabu depan..
masih awal?
ramai berkata begitu.. bagi nurulfalah sepatutnya isnin dah bersenang lenang menenangkan otak untuk persiapan mental.. hehe
tengoklah.. sedang usaha.. hari ni siapkn nota tuk aljabar:) ( belajar manyak susah.. tQ to Dr Abdullah Tahir.. markah lebih doc: hehe.. doc yg sangat dedikasi..hope dpt bestlh gred paper die ni)

and ada 1 berita baik nurulfalah terima hari ini.. paper exam electromagnetism yg nurulfalah selesai duduki.. (soalan exam yang tak pernah keluar sem2 lepas menyebabkan time jawab mcm wat karangan BM..) Dr Supar sudi memberikan kami kesempatan 2up markah sikit2 (hope2 luluslh..huhu) dengan membuat kembali soalan exam n hantar sebagai tugasan.. ~~~lalala~~~ pas abis aljabar saya wat ye doc..

perancangan hari ni, wat aljabar smpai tepu.. n lusa bukak buku tuk study paper selasa.. advanced electronics..huhu.. paper exam paling tebal akan diduduki.. ada 12 muka surat.. 8 soalan besar dan keseluruhan soalan (masuk anak2 24 soalan) dalam 2jam setengah.. aduilah~~~

camna nak study ni.. h-parameter n flip-flop masih blur2 lagi.. ingtkn flip-flop form 5. sekali belajar rupanya flip flop budak electrical engineering punya silibus da.. huhu

takpe nurulfalah.. kuatkan semangat.. kepada sahabat2 yang sudi melayani nurulfalah, menunjuk ajar menegur mana yang salah.. tQ a lot.. diri ini masih banyak kekurangan.. sering alpa dan kadang2 blur.. huhu.. sangat manyak nurulfalah tulis hari ni.. yelah hari ni bermain nombor je kat buku.. so lepas tension ni.. times up... i've go now.. masih banyak belum ditelaah... tQ all of u.. pray 4 me kk..
may Allah bless us.. Sayang semua

11.09.2008

Aku Ori Bukan Fotokopi

Assalamualaikum sahabat2... selamat hari Ahad.. lagi 2 hari nurulfalah akan menduduki peperiksaan Semiconductor... huhu sgt cemas.. xtau bntuk apa soalannya.. xkisahlah apa jenis soalan nanti, hope nurulfalah dipermudahkanNya dan diberi petunjuk agar peperiksaan ini dapat dilalui dengan tenang, mudah dan jayanya.. insyaAllah..

Kepada anak2 murid yang bakal menjalani peperiksaan SPM rabu ini, cikgu nurulfalah^_^ doakan anda semua dapat jawab soalan jugak ye... especially Fizik.. doaku sentiasa mengiringimu..


lagu ini ditujukan khas untuk semua.. renungkanlah..
'AKU ORI BUKAN FOTOKOPI' (devotees)




كُلُّكُمْ رَاعٍ
وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ
فَالإِمَامُ رَاعٍ
وَهُوَ مَسْؤُولٌ
وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِهِ
وَهُوَ مَسْؤُولٌ
وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا
وَهِيَ مَسْؤُولَةٌ
وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ
وَهِيَ مَسْؤُولَةٌ
أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ
وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ

*Terjemahan:
Setiap orang diantara kamu adalah penjaga
Dan setiap orang diantara kamu adalah bertanggungjawab
Maka Imam itu penjaga
Dan dia adalah bertanggungjawab
Lelaki itu penjaga keatas keluarganya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Perempuan itu penjaga keatas rumah suaminya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Hamba itu penjaga keatas harta tuannya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Yang pasti setiap orang diantara kamu adalah penjaga
Dan setiap orang diantara kamu adalah bertanggungjawab

Engkau Ori, bukan fotokopi
Tanyalah hati, sedarkan diri
Rambut berduri, jatuh cicak mati
Naik motor seperti tak ingat mati

Jadilah Ahli Sunnah Tinggalkan Ahli Punnah dan Ranah
Engkau gila budaya metal
Atau gila penyakit mental
Nak kata siswi, tapi tak sesuai
Nak kata dewi, tak sampai piawai

*************************************

11.07.2008

you are my everything






You're my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up
in the sky, tell me I'm in love.

When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within I'm in love.

You're my everything
And nothing really matters
but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning
with those big brown eyes.

You're my everything
Forever everyday I need you
close to me
You're my everything
you'll never have to worry
Never fear for I am near.

Oh, my everything
I live upon the land
and see the sky above
I swim within her oceans
sweet and warm
There's no storm, my love.

Chorus
When I hold you tight there's nothing
That can harm you In the lonely night
I'll come to you
And keep you safe and warm
It's so strong, my love.



*************************************

11.03.2008



Sahabat..
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Subhanallah.. semoga Allah melindungi diri kita.. bukan memilih cuma berhati-hati agar hati dan diri tak terjebak sekali.. hati yang rapuh imannya kian luntur mungkin dek persekitaran dan ancaman.. Syukur ke atas kurnia sahabat yang mendorong diri ke arah kebaikan.. moga Allah memelihara hubungan ini...


p/s: Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.



JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah






Kubiarkan kerinduan

Di lautan memori..

Mengimbau kenangan indah

Yg menyentuh emosi..

Masih segar di ingatan

Saat mesra berputik..

Hadirmu bawa sinaran..

Cahaya inspirasi..


Sahabat..

Kau sesungguhnya..

Temanku..

Dikala suka dan lara.


Tika ku buntu

Diselubungi sendu..

Kau tiupkan ketabahan

Untuk ku ukir senyuman..

Bagaikan embun

Hilang di terbit fajar..

Kau pergi jauh mengejar cita

Menggapai redha YANG ESA..


Duhai sahabat

Dengarkanlah bicara hatiku ini..

Meskipun jarak memisahkan

Namun tiada noktah kasih..

Biarlah waktu menentukan

Nilai ukhwah yg terjalin..

Teruskanlah perjuangan

Hingga ke titisan darah terakhir..


Dan aku

Masih di sini

Terus mendaki

Puncak tertinggi hidupku..

Dan akuTerus menanti

Saat yg manis

Akan berulang kembali..

Sahabat...

(Devotees)


*************************************


Tiba tiba nurulfalh teringin pulak nak cerita pasal sahabat.. yelah kehidupan di kampus kan lebih banyak bersama sahabat kan? dah tak lama je lagi.. tinggal 1 sem je lagi.. so, pe citer nye ye?

Ehem..so, nurulfalah nak tujukan lagu ni khas untuk semua kawan2 nurulfalah di alam maya juga alam nyata..kepada kawan rapat, sahabat seperjuangan, roomates and housemates, seniors and juniors dan segala apa pun la gelaran kawan-kawan saya.. dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, U sampai la sekarang..yang kat oversea ke undersea ke seaside ke semua-semualah. Nak sebut nama sorang-sorang tak larat pulak..rasa nak paste je gambar semua tapi sat gi takut jadi issue pulak huhu

(lagu ni betul2 mendalam maksudnya.. cuba hayati ya..)


Kadang-kadang rasa cam terlebih sentimental pula..bukan apa, bila lihat kesusahan dan kesedihan rakan-rakan, walaupun dah kenal lama, walaupun kita dah masak sangat dengan perangai mereka..terasa ingin terus dok tepi dia dan comfortkan melalui segala macam cara, tapi nurulfalah ni tak pandai sangat ekspresikan keprihatinan. Quote from one of my goodfriend, siti "f****(nama sebenar nurulfalah:)) mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan concern nya" I could not agree more..since I believe in people's judgement..my bad. Nak sangat bagitau "I really care about you and I want to share your problems" but I just don't know the right word and the most proper way to do it.


Jadi saya harap sangat , sahabat-sahabat saya akan tabah menghadapi dugaan, cabaran dan ujian di dunia ini demi redha dan kasih sayang Allah di akhirat. Ingatlah Allah bagi hujan tu tak berpanjangan, sebab akan ada pelangi yang muncul selepas hujan tu reda..kan kan..:)


Ada lagi... nak citer pasal sahabat nie..
'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

11.02.2008

UJian..

Assalamualaikum sahabat2. maaf baru ada peluang untuk update pada hari ini.. walaupun badan x kuat dan fikiran sedkit melayang, nurulfalah gagahkan jua.. huhu

nurulfalah demam.. rasanya dah lama x demam macam ni.. paling akhir pun time budak2 dulu.. agaknya Allah nak bagi ujian kot.. yelah dah nak hampir2 exam ni, pelbagai ujian datang.. 1st, barang keperluan nurulfalah hilang.. sedih sangat2.. mungkin kealpaan diri seronok sangat nak berziarah menyebabkan Allah mengingatkan.. Dia lebih layak diingati.. Ampun ya Allah.. sampai sekarang tak jumpa.. sedih sangat.. lepas tu, demam yang tiba2. dah 3 hari dah ni.. sampai langsung belum upaya nak buka buku.. camne nak skpr ni.. exam da makin hampir.. huhu..

"Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.
Tapi apa yang nurulfalah bileh katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin
sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih
sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”



Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun
sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…Sayang Allah.. ampun dosa hambamu ini

JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah