10.13.2008

KURUSKAH AKU?

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak

merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13.. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.


JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

10.12.2008

COUNTDOWN PSM..

assalamualaikum semua.. seperti yang semua maklum ( I know some bloggers hav same situation like me..) sekarang merupakan kemuncak tahap kesibukan semester yang sudah nak berpenghujung ini. test, assignment, presentation, seminar lab dan semua perkara yang menyebabkan diri ini begitu sibuk menyebabkan tiada entry terbaru. maaf ya

sekarang nurulfalah in progress siapkan tesis bab 2 dan 3 .. sudah 80% siap.. cuma perlukan pertambahan rujukan dan fakta.. InsyaAllah siap pada waktunya.. Due Date.. 24th October 2008.. Caiyok nurulfalah!!

BAB 2


SOROTAN PENULISAN


2.0 Pendahuluan

Sorotan penulisan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan teori-teori yang berkaitan dengan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM).

Bagi bahagian kedua pula membincangkan kajian-kajian lepas mengenai penggunaan BBM yang telah dijalankan. Kajian-kajian lepas pula dibahagikan kepada dua bahagian kecil iaitu kajian-kajian mengenai penggunaan BBM yang telah dijalankan di dalam dan luar negara.


JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah

10.09.2008

FRIENDSHIP FOREVER



In-Team

Akrab Persahabatan

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua


Di Hati
Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Di hati bersama mengembara
Tika masanya tika saatnya ku terasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang teguh
Redup menyinar hati sanubariku

Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan

Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada takkan ku gundah

C/O: Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
JAnji patri bersama ikatan teguh setia
Bersama menuju gerbang impian kita harapkan

Di hati kita bersama.. Di hati kita melangkah..
Jangan dipisahkan kasih bersaudara.. J
angan didendamkan ukhuwah yang terbina..

10.08.2008

**Kehidupan dan kejayaan***

Assalamualaikum sahabat sekalian.. maaf andai dalam waktu terdekat sebelum ini nurulfalah tiada entry terbaru untuk dikongsi bersama.. dek kerana kesibukan tugasan dan kerja yang melanda diri..bahang kehangatan pelajar tahun akhir mula terasa. kesibukan menyiapkan tugasan tesis dan tugasan sampingan subjek lain semakin menghimpit.. kuiz2 yang semakin kerap diadakan oleh pensyarah dalam usaha membantu pelajarnya semakin kerap diadakan.. gangguan dan godaan cerita korea dan cerita bersiri yang lain juga turut berlumba-lumba memasuki carta... huhu nurulfalah dah start bermain kata.. susahlah nak stop nampaknya..
tiada apa yang nak dikongsi sebenarnya.. cuma berkongsi cerita dan pengalaman diri.. sepanjang bergelar mahasiswa universiti, baru nurulfalah sedar kepentingan usaha dan nilai kejayaan.. sebenarnya dalam kehidupan bukan kejayaan sahaja yang menjadi tujuan dan matlamat tetapi juga kepuasan diri yang lebih diutamakan.. kepuasan mencapai kejayaan setelah berjaya melawan godaan, kepuasan setelah apa yang dipelajari difahami dan dapat diolah dalam bahasa yang difahami diri.. kepuasan menguasai konsep dan memahamiteor yang sukar pada pendapat orang lain.. emm kepuasan adalah matlamat diri.. tidak hirau andai apa yang diusahakan menemui kegagalan. kerana sebenarnya kegagalan adalah pintu peluang menemui kejayaan. Andai kita yang sering menemui kejayaan , tentu nilai kejayaan itu sering kita perkotak-katikkan. tetapi andai kejayaan adalah hasil pengorbanan dan kepayahan diri melawan ujian, itulah kejayaan yang sejati...


bukan hendak berhujah atau berdebat. cuma untuk menjadi peringatan kepada diri yang sering hampa apabila usaha tidak membuahkan hasil yang diharapkan. mengingatkan diri agar tidak mudah putus asa dan sering berusaha..

buat rakan blogger, terima kasih atas semangat kalian. akan kuusahakan agar dapat ku membahagikan masa dengan jayanya tanpa mengenepikan minatku.. ya menulis.. tunggulah ada rezeki akan kuhadiahkan sebuah buku hasil catatan dan pengalamanku.. cuma sekarang usahaku lebih tertumpu untuk menghabiskan saat-saat akhir bergelar mahasiswa utm.. insyaallah andai ada rezeki akan ku kuatkan semangat meneruskan usaha menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi. itulah imbalanku untuk diriku yang sudah bersusah payah selama ini menemani diri dalam mendaki tangga-tangga kejayaan..\\hehe kehidupan dan kejayaan.. dua perkataan yang berjalan seiringan.. kehidupan dan kejayaan.. untuk diriku dan dirimu yang berusaha



***CERITA 19***

::::CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA:::

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

10.05.2008

::Aidilfitri:::

salam aidilfitri.. alhamdulillah raya kali ini masih lagi berkesempatan meraikannya bersama keluarga tercinta.. syukran ya Allah atas rezeki dan kurnia umur yang diberikan dapat kami berhimpun untuk mendapat redhamu..




cucu-cucu nenek yang nakal+comel+baik2 belaka:)


family paklang..



nenek bersama cucu di pagi raya


adik beradik yang selalu gaduh tak kira masa..
tapi yang penting kami tetap bersama..
(sori amir, mimi.. xde dalam gambar)



family di singapura semasa open house pak busu



sebelum balik :) ma family, nenek n ibu lin's family



happy family:)


familyku bersama nenek tercinta.. sayang nenek:)

p/s: TQ pada empunya kamera:) next raya kita amik lagi ea..
salam aidilfitri untuk semua.. kaum keluarga di pontian, batu pahat, singapura dan terengganu.. mohon ampun dan maaf atas apa jua kekurangan diri.. halalkan makan minum yea.. hehe luv all of u..

wonder pet..

Salam aidilfitri:)


Wonder Pets post again! :) :D :P

The Wonder Pets" is a very popular show on Nick Jr. In Malaysia, the show is aired on TV9, but with Bahasa Melayu dubbing.

In every show the animals must rescue or help another animal and in the progress they always learn some sort of lesson.

My brothers and sisters and MYSELF are the fans of the Wonder Pets, great music and a very cute show for kids, preschoolers...and not to forget young adult like me..haha (ceh, admitting that I'm still young) :p




ni petikan drpd wikipedia..
khas untuk sesiapa yg blum brkesempatan menonton wonder pet.. (kami datang...)

ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak animasi keluaran Amerika Syarikat yang muncul buat julung kalinya pada 3 Mac 2006, dalam slot Nick Jr. di saluran televisyen kabel Nickelodeon dan saluran Noggin pada 31 Ogos, 2006. Siri ini juga disiarkan dalam alih suara Bahasa Malaysia di TV9 mulai tahun 2008.

Watak-watak utama siri kartun ini merupakan tiga ekor haiwan peliharaan bilik darjah sekolah rendah, iaitu Linny the Guinea-Pig (si tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura), dan Ming-Ming Duckling (itik), yang bersatu menjadi tiga wira bersaudara yang menyelamatkan anak haiwan dalam kesusahan sambil memperagakan manfaat nilai bekerjasama.

Rancangan ini dicipta oleh Josh Selig bagi pihak Little Airplane Productions yang juga mencipta Piper O'Possum untuk Nick Jr. dan banyak lagi rancangan kanak-kanak. Rancangan ini berakar umbi dalam sebuah filem ringkas Nick Jr. berjudul "The New Adventures of Linny the Guinea Pig," di mana Linny mengembara di angkasa lepas dan dasar lautan sendirian. Tidak lama kemudian terciptalah Ming-Ming Duckling dan Turtle Tuck, maka lahirnya rancangan bertajuk The Super Singing Power Pets!, sebelum tajuknya diringkaskan menjadi Wonder Pets sahaja.

Gaya animasi yang dipakai dalam pembikinan Wonder Pets bergelar "photo-puppetry", yang mana para animator boleh memanipulasi gambar foto haiwan sebenar. Teknik ini juga menggunakan lukisan objek-objek (bukan watak), jadi hasilnya boleh dikatakan berupa animasi media campuran.

Kebanyakan dialognya adalah dinyanyi, jadi ramai yang membandingkan rancangan ini dengan persembahan operetta atau singspiel. Bagi setiap episod dibawa masuk orkestra 10 ahli, adakalanya termasuk sekali pemain muzik lain yang mahir mendendangkan muzik tradisional dari rantau yang dikunjungi wira-wira Wonder Pets dalam setiap episod.[1] Untuk melengkapkans setiap episod dari lakon layar ke kiriman akhir mengambil masa 33 minggu.


Setiap episod mematuhi struktur yang serupa, dengan sedikit beza dari segi jalan cerita dan bentuk muzik.

Sebaik bermulanya setiap episod, penonton dapat mendengar murid-murid sekolah yang tidak kelihatan, mengucap jumpa lagi kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah setelah selesainya pelajaran untuk hari ini. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan membuat bunyi berdering telefon tin. Selalunya, bilik darjah dihias dengan karya seni murid-murid dan benda-benda lain yang berkaitan dengan cerita, haiwan atau lokasi tertentu bagi episod berkenaan. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan. Sehingga detik ini, haiwan-haiwan ini berbuat macam haiwan sahaja tanpa mengujar sepatah kata pun. Selepas bunyi berdering, maka Wonder Pets melengkapkan diri (Linny bertopi kuning; Ming-Ming bertopi keledar juruterbang; Tuck pula bertopi kelasi Perancis dan berkasut kalis air biru di kaki belakangnya) lalu bergegas menjawab telefon (Linny menjunam melalui lubang yang tersembunyi di bawah mangkuknya lalu mendarat di atas kuda mainan; Ming-Ming membuka pintu rahsia pendawaian sangkarnya lalu terbang keluar; Tuck terjun ke dalam air tangkinya lalu keluar dari singki) sambil menyanyi rangkap pembukaan berikut:

Linny: "Telefon, telefon berbunyi!"
Ming-Ming: "Telefon, kami datang!"
Tuck: "Telefon, telefon berbunyi!"
Linny: "Ada haiwan dalam bahaya…"
Ming-Ming: "Ada haiwan dalam bahaya…"
Tuck: "Ada haiwan dalam bahaya di sana!"



Wonder Pets menjawab telefon lalu mendapati seekor haiwan berada dalam kesusahan di suatu tempat. Linny menjelaskan keadaannya kepada dua rakannya. Setelah mereka semua faham, mereka menyanyi:

Tuck: "Itu anak [haiwan]
[Dalam bahaya tertentu.]"
Ming-Ming: "Ini serius!"
Tuck: "Mesti tolong dia"
Linny: "Selamatkan [haiwan]!"
Semua: "Selamatkan [haiwan]!"




Mereka bertiga lompat ke dalam sekotak cebisan kain dan lompat keluar, memakai bermacam-macam pakaian yang selalunya berkaitan dengan kawasan atau haiwan yang akan dikunjungi mereka. Mereka berjenaka sejenak lalu masuk balik ke dalam kotak dan keluar dengan mantel Wonder Pets mereka.

Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "Dan Ming-Ming juga!"
Semua: "Wonder Pets datang membantu!"


Mereka mendirikan sebuah kapal layar mainan bernama "Flyboat" dari bahan-bahan di bilik darjah: frisbee sebagai badan, penutup marker sebagai ekzos roket, sebiji guli, roda-roda, sebatang tiang, dan sehelai kertas sebagai layarnya. Sambil mengerjakan kapal, mereka menyanyi:

Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"


Biasanya, Wonder Pets menghadapi suatu rintangan kecil sebelum meninggalkan bilik darjah. Penyelesaiannya selalunya serupa dengan tindakan yang perlu diambil mereka untuk menyelamatkan haiwan dalam bahaya tersebut. Kemudian mereka lekas ke tempat kejadian sambil menyanyi:

Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan!"
Ming-Ming: "Kami tak besar,"
Tuck: "Dan kami tak kuat,"
Semua: "Bila bekerjasama semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!"



Ketika menyelamatkan haiwan terlibat, Wonder Pets selalu gagal dalam cubaan terawal. Lambat-laun bahayanya makin genting, menyebabkan Ming-Ming menyanyi, "Ini serius!" Tiba-tiba, Wonder Pets akhirnya ingat bagaimana mereka menyelesaikan masalah di bilik darjah dan menyedari bahawa usaha penyelamatan sama caranya. Maka mereka perlu bekerjasama untuk menjayakan usaha mereka. Mereka mengulangi lagu awal tadi:

Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "Dan Ming-Ming juga."
Semua: "Wonder Pets datang membantu!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"


Setelah haiwan itu diselamatkan, tibanya si induk atau saudara mara untuk mengucap terima kasih kepada Wonder Pets kerana menyelamatkan anaknya. Wonder Pets menyambut kejayaan mereka dengan memakan daun saderi, ada kalanya induk itu menambah sedikit sajian tempatan, ataupun wira-wira itu meminta sajian tempatan juga. Kemudian mereka kembali ke bilik darjah, sambil menyanyi:

Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! Dah berjaya
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan"
Ming-Ming: "Kami tak besar,"
Tuck: "Dan kami tak kuat,"
Semua: "Bila bekerjasama, semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!"


Senyap-senyap mereka kembali di sangkar masing-masing sehingga episod seterusnya. Flyboat pula berkecai dengan lancarnya. Linny sentiasa haiwan terakhir yang masuk ke dalam sangkar, dan tertanggalnya mantel dan topinya juha. Rentak muzik yang berkenaan dengan usaha penyelamatan mereka didendangkan, sementara Linny mengunyah daun saderi dalam sangkarnya sambil mengedip-ngedip matanya sampai penghujung rancangan.



comel sangat.. teringat kat adik.. die sanggup tgk tv belakang sorang2 pastu ikut nyanyi.. apa yg penting.. kerjasama... hehe rindu kat adik