9.06.2008

:::Pagi Sabtu 6 sept 2008:::

cat =}Hi kawan2.. selamat pagi. semoga hari ini lebih cerah dan menceriakan hidup kita..

Nak buat apa ya hari ni?
emm sebebnarnya dah rancang dan sepatutnya plan hari ni nak siapkan psm bab 1 dan 3. huhu..
banyak sangat. tapi tak pe.. belum cuba belum tau kan?cat =}

ok.. selamat meneruskan puasa.. terasa cepat je masa berlalu.. da seminggu rupanya kita berpuasa kan?cat =}

Keylah.. bertemu di lain kali.. da...

***CERITA 12***

:::5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W::::


Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

I'll appreciate it.

thanks a lot kepada insan kecil..
suka sangat dapat reward ni.. so nak kongsi juga reward ni ngan semua rakan blog saya.. kepada:
* ayatcinta
* fare4z
* isu hangatlawak
* hairul anuar
* muhammad hafiz
* Qalam Khairunnisa
* mhmud
* makude_suryani
* zamz
* My-jiey
* rocketingrabbit
* biskutz
* erwinesta
* sataykajang
* islamterindah
* g-heartmuslim
* tinta
* iluv islam
* mohd azmir
* munir muji
* nurul hudda
* durrah

9.05.2008

TiBa-Tiba

Photobucket
kenapa ya? tiba-tiba hati terasa pilu.. terasa kehilangan yang amat sangat. padahal tiada apa yang berlaku.. teringat diri yang tidak sempurna lagi akhlaknya.. teringat amal ibadah yang sering dilakukan tanpa sepenuh jiwa.. teringat batas-batas pergaulan yang kadang-kadang tanpa niat atau dengan niat dilanggari sebegitu tanpa rasa bersalah..entahlah..

tiba-tiba terasa diri rugi yang amat sangat.. mensia-siakan rezeki dan nikmat yang ada di depan mata.. bukan tidak mensyukuri.. cuma kadang-kadang diri leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara.. Ya Allah teguhkanlah imanku.. kuatkan semangatku.. dan janglah Kau tarik balik nikmat Hidayah yang Engkau berikan.. Amin.. semoga diri lebih diberi peringatan dan dikelilingi dengan sahabat yang sudi menegur kesalahan dan bersama berusaha menambah kebajikan.. Amin..


Cinta


rama-rama


wanita solehah 2

***CERITA 11***

:::MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN:::


PhotobucketAbu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

***CERITA 10***

:::KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH:::

PhotobucketDalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

:::Jumaat pertama bulan puasa:::

Assalamualaikum kawan2cat =}

alhamdulillah.. nurulfalah baru selesai mghadapi test electromagnet hari ni.. walaupun soalan yang dijangka keluar, tak muncul tiba, nurulfalah redha.. xkisahlah.. harap2 jawapan yang diberi dapat diterima lecturer.. huhu..cat

nak cerita apa hari ni ye?
panda

takde idealahhihi..
xpelah.. just2 jalan2 jelah hari nipanda

apa2 pun.. selamat meneruskan ibadah puasa.. semoga hari yang mendatang lebih baik dari hari ini.. kepada pelawat2 setia blog ini, terima kasih ya.. kunjungan anda semua sangat dialu-alukan..rana

okeylah.. tu jelah setakat hari ini.. ada kelapangan kita jumpa lagi yaPhotobucket