12.25.2011

COUNTING THE DAYS...40 DAYS

- 5 februari 2012-11.00 pagi-5.00petang-
4 februari 2012-2.30 petang

2.01.2011

YA ALLAH... tolong ingatkan...

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia. Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesa

12.01.2010

love u more day by day.. Ya Allah,,, lets him be mine



JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)nurul falah

PERKAHWINAN~~

Siapa yang sudah kawin?
Saya?
atau Anda?
atau kawan2 saya?


Baiklah.. di kesempatan ini saya ingin ucapkan TAHNIAH dan SEMOGA PENYATUAN ANDA BERDUA DALAM RAHMAT DAN KEBERKATAN ALLAH..
pertamanya untuk
1) En Syawal dan isteri
b)Pn Asiah dan Suami



c) Pn Juwairiah dan suami

d)Pn Faridah dan suami
e) Pn Huda dan suamif)Pn Nana dan suami
g)Pn Noridayu dan suamih)Pn Zuliana dan suamitahniah sekali lagi.. moga sentiasa beerbahagia, hidup saling melengkapi dan sentiasa dalam rahmat Allah
JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)nurul falah

6.05.2010

cuti+Kahwin+jodoh

Assalamualaikum.. cuti sekolah bermula lagi.. bermakna, riuhlah rumah dengan suara anak-anak, jerih ibu yg penat mengemas dan memasak dan senyum bapa yg asyik menonton aksi anak-anaknya.. maka, inilah peluang yang perlu direbut oleh ibu bapa untuk memainkan peranan mereka sepenuhnya tanpa diganggu waktu persekolahan. penuhilah masa dua minggu ini secukupnya untuk memupuk sekurang-kurangnya nilai menghargai dalam diri anak-anak mereka..

buat anak-anak didik yang sibuk menghitung hari untuk menduduki peperiksaan awam,gunakan masa ini dengan sebaiknya untuk mengulang kembali ilmu yang telah dipelajari dan mengukuhkan kemahiran yang ada agar lebih pakar dan arif.. doaku agar semua berjaya atas usaha masing-masing.. semakin kuat anda berusaha, semakin laju angin kecemerlangan menuju diri anda.. =)

banyak sebenarnya isu yang ingin diperkatakan disini, setelah hampir beberapa bulan tidak mengetuk keyboard untuk sesuatu yang paling disukai suatu ketika dahulu.. tapi disebabkan kekangan yang melanda, menyebabkan hobi ini terpaksa diperlahankan dan kadang-kadang diketepikan untuk sesuatu yang lebih penting.. maaf ya wahai diri, kerana tidak dapat melayan kerenah dan kesukaanmu.. rakan-rakn rapt blogger juga nmpkny sudah mula memperlahankan aktiviti masing-masing.. kita serupa, wahai kawan=)

bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan cuti sekolah ni, di sini ku sampaikan ucapan tahniah.. yang jauh,ku titipkan doa dan yang dekat insyaAllah akan diusahakan untuk menjenguk..
1) Hamidah dan pasangan(Rengit-12Jun)
2)Lutfi dan pasangan (Api-api-12Jun)
3) Liyana Daud dan pasangan (KL)
4) Liyana Marzuki dan pasangan (Perak)
5) Kak Faridah Sapiee dan Abang Izzat (Sarawak)
6) Kak Nurul Wahida ZainulAbidin dan pasangan (BBU)
7) Kak Hanizah Misbah dan pasangan (Larkin)
dan ramai lagi..
semoga kalian semua kekal bahagia bersama pasangan dan hidup dalam keredhaan dan rahmat Allah sentiasa...


hmmm, bila pergi ke majlis kahwin,satu soalan popular yang bagaikan telah diskripkan akan dilontarkan.. za, ble lagi turn kamu?
maka,jawapannya juga telah lama disiapkan.. mmm, da bersedia, tunggu orang masuk meminang je.. tapi calonnya pun belum tentu lagi.. memilihkah? huhu semoga jodohku adalah terbaik buatkan, melengkapi kekuranganku dan kelebihanku melengkapi kekurangannya dan penyatuan kami menjadikan hidup keduanya lebih bermakna dan cemerlang=)

opss kesempatan ini juga ingin ingatkan anak-anak didik yang akan belajar bersama saya untuk kelas tambahan cuti sekolah agar bersedia.. kita akan bincangkan bentuk soalan math spm yang kerap keluar dan kaedah terbaik untuk mendapat markah penuh bagi setiap soalan.. nanti datang ya...=)

buat semua rakan-rakan, selamat bercuti.. dan jika ada kelas macamsaya ini,anggaplah ini amanah dan amal jariah untuk memberatkan amal di akhirat kelak.. amin..


JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)
nurul falah

1.10.2010

Tanpa Nama?

:bye:Assalamualaikum sahabat semua.. Mohon maaf yang amat sangat kerana sudah lama tidak mengupdate entry baru.. rase bersalah kepada kawan2 yang sering menziarah.. hampa pulang dengan tangan kosong...

Nurul baru sahaja sedang menyesuaikan diri dengan alam kerjaya dan belajar.. 2 dalam 1 lah nampaknya.. maka, masa yang ada sangat mencekik dan sering kali tersesak nafas.. Alhamdulillah makin serasi.. walaupun kadang-kadang ada yang perlu diperbaiki
:phonehappy:Buat rakan2 guru2 baru, selamat menjalankan tugas ya.. caiyok2
walaupun bukan 1005 dapat mengajar subjek opsyen... namun sama-samalh kita bersyukur dengan rezeki yang ada..
:dizzy:pusing.. pitam.. lelah...
:err:itu yang nurul rasa sepanjang minggu pertama persekolahan.. xpe2 masa masih panjang.. sempurnakan apa yang ada.. dan lakukan yang terbaik.. buat rakan2 x-5k1, tijb.. maaf x dapat hadir majlis reunion di KL.. nun jauh di sana.. lenkali yek.. apapun moga ukhwah yang ada berkekalan.. masing2 da makin comel dah
:flower:So.. hari ni nurul nak berkongsi mengenai penggunaan masa.. perkara yang sering nurul tekankan dalam kelas bersama-sama pelajar...

Masa itu emas. Ketinggian nilai terhadap masa ini kerana kita tidak pasti akan tempoh masa yang ada. Kita tau masa itu tak panjang, tapi kita tak pasti sejauhmana pendeknya masa itu, sama ada setahun, sebulan atau beberapa minggu? Masa itu sangat berharga, kerana jika ianya terlepas, memang mustahil untuk menggantinya kembali. Jika benar ianya begitu berharga, kenapa sering kedengaran ungkapan-ungkapan seperti "Tak ada masa", "Tak cukup masa", "Tunggulah masa yang sesuai" , atau "Tengoklah, kalau ada masa"?? Begitu rendahkah nilai masa sehingga ianya bukan sesuatu yang perlu di kejar dan di cari walau apa pun alasannya? Sedangkan kapasiti masa bagi setiap manusia di muka bumi ini adalah sama sahaja i.e 24 jam sehari.

Kebijaksanaan dalam mengatur masa memerlukan pengurusan yang bersandarkan kepada keutamaan dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Jika tidak, akan kedengaranlah alasan-alasan sumbang seperti di atas tadi. Sekiranya kita merasakan diri dalam keadaan yang sentiasa tidak produktif, besar kemungkinan sebenarnya kita telah dikawal oleh tabiat kerja bertangguh. Tabiat menangguhkan kerja ini biasa berlaku apabila kita lebih mengutamakan perkara-perkara yang lain yang tidak begitu mendesak dari segi keperluannya atau pun dengan sengaja membuang masa dengan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Ia berkait rapat dengan cara pengurusan masa masing-masing.

Bernard Meltzer pernah menyatakan bahawa “Kerja yang sukar sebenarnya adalah kerja mudah yang kita tidak lakukan pada masa yang sepatutnya." Masalahnya kita tak pernah menggunakan kesempatan yang ada untuk menyempurnakannya pada masa yang telah ditetapkan. Berbagai alasan diberikan bagi merasionalisasikan sikap ini misalnya, "Takde moodlah hari ni", "Nak tanya kawan dululah", "Tak faham sangatlah", "Esok je lah aku pikir pasal ni" dan sebagainya. Sikap suka melengah atau menangguhkan kerja adalah jelmaan dari sifat kealpaan tentang nilai masa dan pengisiannya secara berhemah.Dalam jangka masa panjang, sikap ini akhirnya akan hanya merugikan diri sendiri kerana tanpa kita sedari, kita masih di takuk lama, apabila masa berlalu begitu sahaja meninggalkan kita.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penjadualan kerja amat penting dalam memastikan kerja yang ditugaskan berjalan dengan lancar dan mengikut masa. Melakukan kerja di saat-saat akhir adalah satu tabiat buruk yang memenatkan dan jarang menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Kesuntukan masa tidak membolehkan kita membuat kerja dengan teliti dan tepat. Bagaimana nak jadi cemerlang dan terbilang tanpa pengurusan masa yang baik? Salah satu ciri masyarakat moden yang membezakannya dengan masyarakat primitif ialah kesedaran yang tinggi terhadap persoalan masa. Kemajuan sukar dicapai tanpa kesungguhan kita menjaga masa dan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Gunalah masa dengan bijak mengikut keutamaan kerja yang perlu dilaksanakan supaya kita tak tertanya-tanya lagi "Kemana agaknya perginya masa...?
:what::laugh:

Okeylah.. cukup setakat ini.. ada lagi satu blog untuk dilawati.. hehe.. blog sek.. Assalamualaikum semua

10.05.2009

Aurat dan Nurul


Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah hari ini nurul dpt mencuri sedikit masa untuk mencoret dalam blog ini.. Sudah sgt+amt lama tak mengupdate blog ini.. abis penuh dengan sawang labah2 dan debu.. Nanti nurul jalan2 balik blog kawan2 ok..

Disini terdapat secebis artikel yang bnr2 menusuk hati nurul.. mengenai aurat seorang perempuan.. Oleh kerana nurul seorang perempuan, dan kwn2 di luar sana juga ada yang bergelar perempuan, nurul tujukan artikel ini khas untuk semua.. Peringatan untuk nurul jugak..

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.


Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.


Kaedah


1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.


Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan


Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan...

NUruL:::Bertudung atau berpenampilan sopan adalah cara kita menzahirkan agama kita. Iman bukan sahaja dengan hati, bahkan melibatkan lahiriah dan batiniah. Ini kerana di sini mulanya penilaian orang bukan Islam kepada agama yang suci ini. Islam telah menetapkan cara berpakaian dan khususnya cara mengenakan tudung.



Antara tip yang boleh diamalkan ialah jangan memakai tudung yang agak jarang, nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada wanita. Jika jarang, anda digalakkan memakai baju lengan panjang (turtle neck) yang menutupi leher. Pakaian yang menampakkan apa yang patutnya disembunyikan mencuri banyak pandangan lelaki seterusnya menimbulkan nafsu di hati mereka yang akan membuka peluang kepada syaitan menghasut mereka yang lemah imannya.



Dalam suatu riwayat menceritakan, Rasulullah pernah bertanya Rasulullah, Hai Iblis! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?



Maka Iblis menjawab: Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya.



Waallahua'lam.





JazaKallaH kerana suDi berKunjunG ke TeraTak saYe..seMoGa meNdaPat manFaat BersaMa Dan berKeKalan UkhWah InI heNdaknYa,insyALLAH(^ _ ^)

nurul falah